BannerFans.com

Monday 26 November 2012

Secair air


Ramai orang nak genggam ais
Tapi ais kelamaan mencair
Menjadi jasad yang mengalir ngalir
Tapi biar cuma sekadar air
They said it's okay
Nak minum juga masih boleh

Soalnya siapa yang berani terus menggenggam air
Baru pegang sudah berpeleser
Sudah sejam eh hilang diserap angin

Hakikatnya mereka dari tubuh yang sama
Cuma berlainan jelmaan rupa
Puncanya kan cuma cuaca
Yang menguji ketahanan kimia mereka

Ada orang gemar yang akhir
Tak menghirau hakikat saat terlahir
Ada pula suka menyindir
Menyebut menbanding perubahan zahir
Wahai tuan aku bukan sang pelawan takdir
Kadang tak mampu nak seanggun dulu
Tapi manusia kan tak bersifat jitu
Aku terima hakikat itu
Perubahan sentiasa mengajarkan sesuatu
Yang dihantar Tuhan pasti untuk kebaikanku

Friday 23 November 2012

Dia

Dia yang meliputi hatiku
Runtuhkan dinding sepiku
Membuatku lemas saatku rindu

Dia adalah bunga tidurku
Hiasan ruang jiwaku
Membuatku terganggu tapi kutunggu

Dia bukan sekadar hayalan
Dia di hujung impian
Yang akan segera aku nyatakan

Percaya

Tak terlihat dimata
Maka dia seperti tiada
Yang keliru cuba memuas rasa
Diambil paku dipahat udara
Agar angin dipercaya disana
Dia cuma beri tanda
Niatnya mahu orang orang melihatnya
Bahawa angin sememangnya ada

Walau tak difahami kebanyakannya
Dia seperti rasa yang didada
Kadang orang orang beri tanda
Kadang begitupun tiada yang memahaminya
Kadang sampai terbuah kecewa
Kadang ia terlalu rahsia
Dan mengundurkan rasa
Tanpa kata
Sampai rasanya kembali dipercaya

Kenapa sementara


Kerana apa kontang dimuara
Hulunya dalam sepertiga dunia
Bukanlah laut bukanlah telaga
Kenapa kau gerunkan pengakhiran cerita
Kan dulu semangatmu beriya

Tergantung pada niatmu semuanya
Jalannya berjuta..yang tinggal cuma usaha

Thursday 22 November 2012

Ibu


Kadang hati meragukan rasa
Saat bibir terusan bersuara
Kadang hati merindukan bonda
Saat masih berjauhan dengannya

Kusapa rindu kuseru bayu
Kukhabar lesu hariku buntu
Niatku bayu kan terbangkan resahku
Membawa ibu kepangkuan tenangku

Tujuh angin berhembus seiring
Laju berdesing tak mahu berpaling
Tujuh malamku bertemankan runsing
Menginginkan ibu..saat masih ditempat asing

Kaulah jiwa kaulah cinta
Bersemadi darahmu kubawa bersama
Padamu Tuhan kuharapkan sejahtera
Peliharalah ibuku..sampai aku ke sana

Sunday 11 November 2012

Wanita

Pencinta kata
Dia menuliskan sabda Pencipta
DiHadith Qudsi berkata kata
Perihal terciptanya wanita didunia
DIA mencipta mereka
Dan DIA mengetahui segala galanya

Ketika wanita itu tercipta
Mereka adalah istimewa
Bahu yang kuat menopang dunia
Cukup lembut tuk menyamankan rasa

Wanita yang DIA ciptakan
Punya kekuatan untuk mampu melahirkan
Dan bisa selamanya bertahan..
..andai sentiasa menerima penolakan
Dari zuriat yang mereka lahirkan
Dalam jiwa Allah tiupkan kekerasan
Agar yang lemah tak bakal menjadi ikutan
Malah kan sentiasa bertahan
Biarpun mengasuh keluarga dengan penderitaan
Walaupun keluhan hanya bisa ditahan
Walaupun lelah tak mungkin berkesudahan
Mencintai zuriat dalam setiap cebis keadaan
Walau pulangannya hanya naluri yang sudi perasan..
..bahawa ianya adalah sesuatu yang amat menyakitkan

Wanita bak kata Ilahi
Kekuatan padanya bisa mendukung suami
Dalam kegagalan..dalam seburuk buruk situasi
Dia kan tetap disisi..setia sudi melengkapi
Agar yang dikasihi hatinya terasa dilindungi
Dan bila keadaan seakan menguji
Dia kan tetap sudi disini..sentiasa disisi..setia menemani
Tanpa ragu pada insan yang dicintai
Kasihnya abadi..pada pemilik rusuk sebelah kiri

Juga bersamanya dititip airmata
Yang khusus miliknya
Untuk dititiskan seperlu dia

Dan padanya ada kecantikan
Yang bukan tercorak pada helaian pakaian
Bukan dari penampilan yang disertai kepalsuan
Juga bukan dari hiasan yang diperagakan

Tetapi kecantikan yang sebenar padanya
Harus dilihat dari matanya
Kerana disitu ada pintunya
Tempat dimana cinta itu ada
Itulah kecantikan teristimewa padanya

cinta itu sebenarnya..


Cinta itu tidak terlimit hanya dengan hubungan lelaki perempuan
Tetapi turut mencakupi hubungan manusia dengan Tuhan
Cinta itu bukan perasaan liar tanpa kawalan
Tetapi di dalam cinta wujud peraturan

Dia gembira dengan cinta
Dan merasa senang dengannya
Maka dia menyayangi cinta
Dan dia menjaganya
Kerana cinta menurutnya
Ingin bersama menempuh syurga
Ingin dia bahagia selama lamanya

Tetapi bila benak mempesoal hati
Apakah bahagia yang tertinggi
Apakah kesenangan yang hakiki
Maka muhasabah cinta bermula disini

Lalu dia mempertingkat diri
Agar ilmunya kuat tuk membela diri
Dan orang orang yang dicintai
Biar mereka selamanya menuju Ilahi
Biar cinta itu terdefinisi seperti yang azali
Cinta yang hakiki
Cinta yang menuju Ilahi
Kerana cinta yang mengidami syurga
Haruslah mencintai Empunya syurga dan juga cinta

Sebab itu cinta ini menyenangkan
Tiada kenegatifan
Cuma yang menyenangkan
Jika diganggu pancaroba
Penawar sentiasa ada
Jika rasa kecewa
Kejelasan niat sentiasa menyelamatkan jiwa

Cinta ini melapangkan
Cinta ini memberikan kekuatan
Cinta ini memberikan kesedaran
Cinta ini melahirkan sayang, sayang yang menenteramkan
Sebab itu cinta ini menyenangkan

Ingin bersama Ibu Bapa di Syurga
Ingin bersama isteri dan anak-anak di Syurga
Ingin bersama sahabat-sahabat di syurga
Ingin bersama guru-guru di Syurga
Ingin dapat bertemu Rasulullah dan para sahabat radhiallahu’anhum ajma’in di syurga
Ingin dapat bersama Allah di sana

Bukankah menyedihkan
Hidup selama-lamanya tanpa itu semua?
Bahkan dalam derita?

Friday 2 November 2012

Wahai malam..siang dan kekasih

Wahai malam yang dah lama disini
Mahukah kau singgah lagi esok hari..
Hitam bumi sudah nak menyapa pagi
Harapnya nanti kita bertemu lagi^^

Wahai siang yang dah lama menyepi
Kehadiranmu tak sekadar menerangi hari
Segala isi bumi..bersama sekalian janji..
Turut menanti nanti..bila lagi munculnya sang mentari
Agar bintang malam terasa berpengganti
Agar cahaya bulan tak terlalu dirindui

Wahai kekasihku yang setia dihati
Walau malam dan siang hadirnya berganti
Walau bulan dan mentari bergiliran membintangi
Walau sekalian yang ada pun tak mampu setia disini
Kau kan tetap bersendiri 
Tiada yang mengganti..tiada yang menyusuli
Dalam hatiku hanya kamu yang tertanam abadi
Maka kau selalu disini...walau sampai pagi
Dan sampai waktu waktu selepas mentari pergi
Dan selepas bintang kelihatan kembali
Bahkan selepas hujan melukiskan pelangi
Sayangku yang aku kasihi..
Mahukah kau selamanya disini..?