BannerFans.com

Sunday 29 September 2013

Aku ibarat kertas yang terbang
Terhuyung hayang membawakan diri
Meski aku tiada yang sayang
Salah silap kutanggung sendiri

Aku juga ibarat kepompong
Idamkan udara seberapa segera
Kerana perutku tak mahu kosong
Akanku kerah kudrat yang ada

Kerana aku dipandang ringan
Masa yang ada berlalu saja
Aku terimakan nasib badan
Wahai Tuhan, beratkanlah hamba

Monday 16 September 2013

Sampai bila

Aku bukan manusia yang suka putus asa
Tapi kan hidup ada kala ke bawah juga

Aku bukan sang maharupa
Ada bakat pun macam tak berharga
Hidup aku bukan yang biasa biasa
Tapi jauh lebih bawah dari hidup rakan sebaya
Enak rasanya hidup serba bertuah mereka
Tak rasa payah, rasa bangga lagi ada
Aku cemburu, tiap hari mesti nak leleh air mata

Aku juga manusia biasa
Ada rasa, ada kala kecewa juga
Kadang kadang aku fikir benarkah ini dunia
Kenapa rasa macam dah ada dalam neraka
Aku sendiri
Bila ada yang bimbing semua dah lari pergi
Semua dah tak nampak muka bila lepas hari graduasi
Aku tinggal sendiri
Ahli baiti tak ada yang mampu bimbing nurani
Aku nak rasa ke syurga
Aku nak rasa walau sehari yang aku ni bukan perempuan tak berguna
Aku ada jiwa yang kelana
Bila orang hulur tangan, aku belajar cuba menggapainya
Tapi sampai bila
Sampai bila baru boleh aku hulur tangan aku pula


Wani..wani..

Kau buat apa
Aku menung menung saja
Kau pula buat apa
Sama saja, menung juga

Hmm..stress rasanya
Banyak benar fikir dalam kepala
Tak tahu kalau nak mula, nak mula yang mana
Hmm..panjang lagi ke usia..?
Terasa dah penat sangat je
Samalah..tak larat dah rasa
Rasa macam dah tak terdaya
Nak doa kawin cepat lah
Boleh kongsi dengan suami
Eh, baik doa cepat mati
Suami sekarang mana ada yang mithali
Eh, mana baik doa mati cepat
Sebab tu aku doa kawin cepat
Indirectly sama je macam doa mati cepat
Tengokkan gaya suami zaman sekarang ni
Puii

Sunday 15 September 2013

Penat

Dah lama rasanya
Hati ni dah terlalu lama dia membabi buta
Aku pun tak pasti apa sebabnya
Akal pun dah lama aku tinggal tak guna guna
Penat tulis cerita
Penat sabarkan rasa
Lama lama aku kecewa sendiri
Kenapah manusia tak pandai menghargai

Aku perasan dia suka kritik orang yang sana
Kemudain, samakan dengan yang sini pula
Cuba ambil tahu yang di sini sendiri
Tak semua orang makan cili
Cuba teroka sekeliling tempat kau berdiri, kan masih di bumi
Takluki tempat kau berdiri, tempat kau cari rezeki
Baru layak kau kritik pelangi

Tuesday 3 September 2013

Kerusi

Bayangkan saya rotan..yang teringin nak jadi kerusi
Saya tak boleh nak jadikan diri sendiri kerusi
Saya perlukan tangan untuk buat saya jadi kerusi
Saya tahu saya tak mampu jadi kerusi dalam dua tiga hari
Tapi saya teringin nak jadi kerusi
Biar empat tahun lagi pun belum tentu jadi
Sekurangnya tangan dah bantu saya sedia untuk benar2 jadi kerusi
Bersedia untuk perasaan bila orang duduk nanti

Saya cuma rotan, bukan kayu jati
Yang saya mahu jadi kerusi, yang boleh orang duduk nanti
Bukan jadi macam si jati, cuma jadi pameran dalam rumah agam yang sunyi