BannerFans.com

Friday 28 September 2012

Wahai Bintang

Langit selalu mengejar aku
Walau yang berlari cuma angan anganku
Walau yang dia kejar semakin lelah menjatuh
Wahai angan...terbanglah lebih jauh..
Biar langit menganggapku angkuh

Tak pernah kususuli yang belum terada
Cuma yang aku ingin rasa
Cuma yang siap tersedia didepan mata
Aku cuma mahu menikmati semua yang pernah tercipta
Agar aku tahu...aku manusia

Langkahku semakin menemui jalan mati
Tapi bayanganku tak pernah mahu berhenti
Tiap yang terdorong kekanan mahupun kekiri
Maafkan aku...itu bukan dari hati
Itu mungkin ilham dari Ilahi

Dan bila tersisa segala rasa cinta
Hanya sisa yang benar benar cuma sisa
Akupun tak pernah angankan kenyataannya
Anggaplah sisa itu memang aku punya
Yang cuma sudi diterima oleh sang empunyanya

Wahai bintang yang di atas syurga
Dan seluruh alam yang ada di sana
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata
Pinjamkanlah aku gemerlap yang menggembira
Buat sementara

Thursday 27 September 2012

Jumaat^^


Sambutlah dengan sepenuh bahagia
Kenapa harus biasa biasa saja

Datangnya kan cuma empat kali sepurnama
Dipenghujung masa kebanyakan orang bekerja
Bermula fajar yang menjengukkan rupa
Pabila malam beransur cerah pemandangannya
Pada subuh yang meningkat usia
Kala azan menggema gema

Nanti mentari menyinsing lengannya pula
Tegak berdiri di atas kepala
Waktu itu harusnya kau berharu mengadap Yang Esa
Meninggalkan hawa bersama anak dan saudara
Biar perniagaan digendala buat sementara
Allah kan yang mengurus kedua dunia dan hari muka
Yang diaturNYA pasti bersama sejuta rasia
Kerana DIA penghulu hari menjadi istimewa
Maka keranaNya jugalah segala yang ditinggalkan nescaya terpelihara
Dengan izinNYA...

Jumaat seharusnya lebih istimewa
Bila kita berniat meraikannya
Membiar masjid dikerumuni sang manusia
Dan mengamal sunnah tinggalan pesuruhNYA

Tuesday 25 September 2012

Selamat Cinta

Belum sempurna jilid pertama
Untuk puisi yang baru kenal bahasa
Untuk pena yang baru terbuka penutupnya
Dan untuk rasa yang baru dicerna jiwa

Serasaku masih belum lengkap mukadimahnya
Ayat pertama masih terngiang ngiang didalam kepala
Emosi cinta bagai baru semalam ia bermula
Cemburu sang alampun bagai baru saja bersuara
Mengenepikanku dari suasana
Membiar aku sendirian dalam alam cinta

Belum cukup bagiku jalan ceritanya
Untuk cerita rangkaan kita difahami oleh yang lainnya

Selagi aku belum kau punya
Selagi hujan masih jadi perantara
Selagi cinta masih terbatas hanya dijiwa
Rangkap ini masih belum layak jadi penutupnya
Biar kisah kita sampai bila bila
Walau hakikatnya nanti jalannya tergendala
Biar ia selamanya..oleh bahasa yang mampu menyatukan jiwa
Menyemai cinta..dari keduanya

Dan bersama selamanya..sampai habis usia
Kan cinta itu sebenarnya berkeluarga
Rindu dan kasih...manja dan bahagia
Semoga pernikahan mampu jadi penutup cerita
Dan membenar lembaran baru dimula semula
Sebagai naskah keluarga bahagia
Yang bakal dibina berdua

Semoga selamat padamu cinta
Disini juga disana
Hakikatnya kan sama saja
Cinta..rasanya serupa

Semoga tersua izin Yang Esa
Untuk menjalani langkah seterusnya

Aku kan Perempuan

Sesungguhnya bahagia
itu milik semua

Milik yang ceria
Milik yang berduka
Milik yang pertama
Juga milik yang ke berapa berapa

Jangan kecewa jadi penghasut lara
Yang memanggil manggil amarah kala jiwa tak gembira
Kalaupun sukar menerima fitrah jiwa
Jangan torehkan luka dengan bilah yang lainnya
Jiwa kan halus tak berpenjaga
Kurus tak berangka

Kerana daun kering dipandang ringan
Maka bila berterbangan dibiar menghias pandangan
Sikit tak kuanggap suatu pencemaran

Tapi bila angin kencang berhembusan
Daun daun kering kelihatan sungguh menyakitkan
Mengungkit apa sebelumnya mereka cemarkan
Lalu tersepah segala yang dirahsiakan
Menangislah hati sepenuh rasa terkilan

Bukan pilihan untuk disimpan simpan
Kaca yang sebutir aku pun tak berniat untuk serak serakkan
Cuma bila akhirnya kaca berjaya melukakan
Siapa aku yang terlalu kuat untuk bertahan
Aku kan perempuan

Sunday 23 September 2012

Namanya apa

Aku tak tau namanya apa..
Setelah diterbang angin..jasadku sesat entah dimana
Ditunggu sang suara..lalu kukesana bertemu tah siapa

Aku juga tak tau namanya apa..
Cendera kalbu atau pembiaya jiwa
Datang datang memangilku manja
Apa dia buta apa dia kabur warna
Aku kan bukan manja..

Akukah yang umpama bunga
Yang mekar ditaman taman bunga
Yang dihiasi hiasan hiasan bunga
Yang harum baunya

Aku masih tak tau namanya apa..
Setelah berakar berbunga
Lalu aku dikatanya sahabat bidadari dunia
Dalam bulan rahsia kumenyembunyikan rasa
Sebelum puisiku bertemu puisi tulisannya
Yang mengirim bintang cinta
Buat menyemi rasa bahagia
Dalam lubuk paling dalam didasar jiwa

Namanya apa.......
Sesampai terkirim warkah cinta berbau syurga

Sisudikah dia
Sang hutankah dia
Sampaikan hati terbuka
Dan malam terasa terlalu bercahaya

Namanya apa...
Ada apa dengan dia...
Kenapa kudigelar guru cinta...
Apakah dia gerangan pujangga jiwa ?

Tak mungkin bidadari layak jadi guru cinta
Kalau perasaannya tak mampu dibaca sang pujangga diseberang sana


Thursday 20 September 2012

Bahas Cinta

Jika dunia tanpa warna, suramlah dunia
Jika dunia tanpa air, kering kontanglah jawabnya
Jika lelaki tanpa wanita, muramlah kehidupan
Jika cinta tanpa rindu, cepat retaknya
Maka jika engkau isteriku..akan kuhargai sepenuh hatiku

        Tapi jika nyawa tanpa cinta..
        Bagaimana hati nak jumpa kekasihnya?

Pintalah kepada Allah yang Maha Pemberi Cinta^^

        Kalaupun cinta sudah ada..
        Siapa deria nak kesan wujud cinta?
        Cinta kan terahsia dari hijab mata..
        Tersembunyi aroma dan suaranya..

-Dia tidur agaknya-

Beban..ujian..


Jiwa yang kacir sudah terusir
Kaca tumpulpun telah tajam diasah pasir
Kerana dia beban maka dia sukar berakhir
Maka biar dia ujian agar kita berjaya menawan takdir

Cinta


Cinta itu rahsia Yang Esa..
..yang DIA kurniakan buat seluruh hamba yang DIA cipta..

Yang tak semudah menghirup udara
Tapi perlu ada..dan memang sentiasa ada..

Ia tak semudah memilih siapa yang ingin kita cinta...
Kerana fitrah cinta, DIA yang merangka qadarnya..

Wednesday 19 September 2012

Tongkat Cinta

Perempuan ibarat orang buta
Dan cinta ibarat tongkatnya
Manakala jejaka adalah jalanan yang sedia ada

Si buta mahu melalui jalan didepan dia
Tapi takut bersimpang dari arah yang sebenarnya
Si buta menanti tongkat untuk membantunya
Setelah tongkat ditangan menggera..
..barukan jalan menemukan orang buta

Begitu peranan cinta pada manusia

Tuesday 18 September 2012

Sunyi ye~

Pabila sunyi berbicara
Malam yang dingin bagai tak terasa
Betapa kerinduanmu nian menyesak cinta
Kelibat yang kau hirau semuanya tak berupa manusia
Kala satu yang kau nanti nanti untuk bersua
Melengkapi suasana
Berdua sampai habis usia
Sehingga malampun tak berani bertukar warna

Malam berlabuh sunyi
Setiap malammu terasa sunyi
Tidak berteman dan tiada teman untuk kaumiliki
Bukan kerana tiada bahagianmu disini
Percayalah pada janji Allah yang pasti..
..akan ada bila sudah masanya nanti
Kirim salam pada hati^^

Katakan padanya usah endahkan cinta dibelakang kesibukan dunia
Usah ketepikan keinginan sehingga terluah rasa hiba
Bersabar itukan yang paling sukar disisi DIA

Cuma perlu sabar..
Semoga kisah cintamu antara yang paling benar
Sangat mekar
Dan takkan pernah pudar

Duhai rasa cinta
Siramilah hatinya dengan arjuna segala cinta
Hiasilah malam malamnya dengan kehadiran para emosi bahagia
Biar bersemi rindu dan cintanya..
..biar semarak warna api yang paling berbara
Agar malamnya tak mampu kenal sunyi oleh kelam yang dirasakan hiba

..kerana dia tak seperti yang lainnya..
Yang menggelojohi nikmat hakikat cinta
Dia cuma merindui bait cinta yang dirangka penciptanya

Wahai saudara..
Berilah salammu pada kelibat sang cinta..
..cuma bila kau sudah menikahi pemiliknya..

Kalimah Cinta

Sebenar kalimah cinta
Bersabdu dua diakhir bait ritmanya
Bersendu kala melafazkannya
Tersyahdu bila ditafsirkan ertinya
Dua kalimah yang termahal nilai cintanya
Seikhlas pengucapan..pulangannya syurga
Tak semudah diucapkan..jahili ia kan mengundang bencana

Apa ertinya kalimah nan dua..
..sebaik mengucapkan jiwamu kan bahagia

Syahadah pertama menyerah tauhid pada pencipta
Seada percaya..keyakinan meliputi rukun iman yang lainnya
Setelahnya pula syahadah kedua
Mengakui umat pada kekasih Yang Esa
Justeru meyakini rukun islam yang selebihnya
Yang dijadikan panduan syariat hidup di dunia
Sebelum bertemu janji Sang Pencipta..
..pabila waktunya sangkakala bersuara

Kerana dia yang pertama dalam rukun agama..
Seharusnya dialah unsur utama dalam nafas yang kita hembuskan di atas dunia..

Al-Quran

Selama mana ia terturun kedunia

Selama mana ia dijanji kan terpelihara sampai habis hayat nusantara
Selama mana kita mengenali hakikat terturunnya dia
Pernahkah kita kaji siapa dia disisi kita
Yang sebenarnya

Beransur terada selama 22 tahun, 22 hari dan 22 purnama
Pada Rasulullah segala lembaran dititip bersama amanah
Bekalan panduan segala umat..untuk menjalani hidup penuh bersyariah
13 tahun surat Makkiyah diturun di Mekah
Dan 10 tahun surat surat Madaniyah diturunkan ke Madinah

Kalam berharga yang selamanya terpelihara
Terlengkap sumber hukum Islam yang utama
Terdiri 30 juzuk, 666 ayat dalam 114 surat
113 basmalah kita lihat..bersirat rahsia sepenuh hidayat

Dengannya kita kenal fitrah agama
Dengannya kita merasa nikmat imanNya
Dengannya kita faham hukum yang Esa
Sampai hayat yang seterusnya..takkan Quran hilang dari mata
Janji Yang Esa..semata untuk memelihara hamba yang DIA cinta
Supaya tak tersimpang dari jalan yang sejahtera
Agar hambaNYA terhindar dari marabahaya

Qadar DIA sentiasa bersama sejuta rahsia
Tidak Al-Quran terlahir untuk dipandang semata mata
Isi yang menyirat puisi paling bermakna
Seharusnya kita mengerti..apa tujuan kita terlahir kedunia
Melalui dia

Al-Kitab, Al-Furqan, Ar-Rahmah, Al-Huda
Al-Haq, An-Nur, Ar-Ruh, Asy-Syifaa’
Berita gembira, Pemberi ingatan, Pengajaran dan Keterangan
Sungguh digelar-gelar pada empunya gerangan
Itulah kitab Al-Quran yang Nabi kita wasiatkan
Selawat dan salam atas baginda Rasulullah s.a.w; semoga sejahtera kami doakan

Wednesday 12 September 2012

Rentetan Penjajahan Malaysia


Sejarah lembaran penjajahan dikenang
1786 Francis Light mendarat di Pulau Pinang
Tanda Tanah Melayu dimasuki pendatang
British menjajah tersangatlah malang
Habis kekayaan Tanah Melayu dibawa pulang

Tanah Melayu dijajah seakan tidak bertuan lagaknya
1824 termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda
Melaka menjadi mangsa..Negeri Selat diberi nama
Bernaunglah dibawah jajahan mereka..bersama sama P.Pinang dan Singapura

1941 Jepun datang menjajah pula
Berbasikal meredah hutan belantara
British leka tidak menduga
Prince of Wales dan Repulse menjadi mangsa

Seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun akhirnya
Februari 1942 British mengundur dengan dukanya
Dipimpin Tsuji dan Yamashita
Jepun bermaharajalela di tanah kita
Slogan "Asia untuk orang Asia" menjadi propaganda

Rogol, pancung, seksa semacam perkara biasa
Mereka kejam tidak mengenal mangsa
Kebuluran dan wabak penyakit semakin berleluasa
Bahasa Nippon Go menjadikan rakyat terpinga-pinga

Kesedaran mula menghendak jiwa
Namun kemajuan masih ditakuk lama
Semangat nasionalisme mula membara
Parti politik ditubuh untuk bersama

Ekonomi Tanah Melayu lumpuh sepenuhnya
Wang daun pisang sudah tiada nilainya
Pentadbiran Jepun hampir ke penamatnya
Rakyat giat bekerjasama
Menghalau Jepun si durjana

15 Ogos 1945
Hari yang tidak dijangka-jangka
Amerika mengebom Nagasaki dan Hiroshima
Larilah Jepun ke negara asal mereka
Berakhirlah penjajahan Jepun  di negara kita

Sangkaku tenang bumi Melaya
Pabila Jepun mengangkat bendera
Namun 1945 British bertakhta
Rakyat terpukul lantas bersuara

1946 rencana pun bermula
Malayan Union, British mewarta
Rakyat membantah mula bersuara
Pejuangan UMNO pemula segala

Bangkit Dato’ Onn mengibar bendera
Tak rela Melaya dijajah semula
‘sapa hampa’ nak tunjuk ‘tera’
Kami bangsa mahu merdeka

Sangkakan tenang air di muara
Perjanjian Persekutuan lalu ditanda
1948 darurat menjelma
Rakyat tersiksa 12 tahun lamanya

"Hidup Melayu!" laungan bergema
Seorang anak bangun berbicara
Wahai ibu!, wahai bapa!
Bagaimana nasib kami semua, bila kalian sudah tiada?

Semangat Melayu berkobar gila
Akhirnya ‘merdeka’ dijulang bersama
1957, laungan Tunku bergema, Merdeka! Merdeka !
Disambut hadirin penuh makna, tanda kita sudah benar benar merdeka

p/s: delegated for special performance on AMU Merdeka Event^^

Wednesday 5 September 2012

Pujangga Cinta 7



Tapi resam cinta takkan meminggir cerita Pujangga
Takkan cuma bahagia tanpa derita memanggung marak api cinta
Sang Pujangga yang diseberang sana tersentak rasa
Muhasabah cintanya agar tak dibazir selain kepada kekasihnya..
..kekasih yang sebenar tercipta untuknya
Lalu dia menyembunyikan cintanya..
..buat telitian apa yang benar untuknya.

Sejujurnya Cinta tersetak kecewa
Gundah hatinya bergurindam seminggu lamanya
Dia mahu memagari ranting kalbunya
Tapi cinta sudah sebati dengan bait puisi Pujangga yang di seberang sana
Apakah bidadari tak sudi lagi menjadi tahtanya
Dia menahan rasa hiba.

Pujangga terksima dengan kaburnya cinta yang dia buru
cinta yang kelabu..
..kini sudah membiru
Sebiru hatinya yang sedia sayu
Dia melepaskan cinta dari jiwa raga dan puisinya
Buat mengelambu rasa cinta yang tersisa
Biar terpelihara yang selebihnya buat pujangga yang dia cinta setelah mereka bersua
Dia bimbang..langkahnya penuh dengan leka
Dia tak mahu suci cintanya jadi ternoda
Lalu dia pasrahkan saja
Melepaskan apa yang membuatnya lega

Pujangga benar dalam mentafsirkan gundahnya
Bagi Cinta..itu bukan canda yang menglipur prasangka
Tak perlu berwasangka dengan rasa
Dia dan Pujangga punya hak menentukan nasib cinta mereka
Yang diangap agung, yang perlu dipelihara sebagai mihrab terbahagia
Yang perlu disedia..untuk dibiaya hanya untuk kekasih halal mereka berdua
Setelah akad diterima Yang Esa
Setelah Cinta bertemu pujangganya
Setelah Pujangga berjaya memiliki cintanya

Kerana percayalah
Sehaus mana nafas yang merindukan cinta..
..cinta itu tetap ada..
Cinta itu selamanya milik pujangga
Dan Pujangga tak dilahirkan tanpa cinta untuk mendampinginya
Itukan janji Yang Maha Esa
Setiap yang dijadikannya..telah disediakan pasangan yang sesuai dia

p/s: Kasih kita cuma abadi pabila waktu sudi berhenti..
..kerana tarikh luputnya tergantung sepenuhnya pada empunya pujangga dan juga cinta

-TAMAT-

Pujangga Cinta 6



Rayuan rahsia rasa menggoyahkan jiwa remajanya
Puisi yang dia cerita pun tak segundah gejolak dalam dadanya
Cinta harus pertahankan dia yang sedia ada
Tak mahu hatinya bersiur dari versi cinta yang dia rangka

Rayuan Pujangga makin bersuara
Enggan cintanya berakhir sebagai cinta yang sia-sia..
..dia menjanjikan ilhamnya buat sang bidadari yang dinantinya sekian lama
Yang kini senyata menyahut-nyahut lamaran cinta dari bahasa puisinya

Cinta pula masih kelirukan perasaannya
Mana yang harus dia utamakan, puisi atau perasaannya
Menurut cinta..
..yang harus dipelihara cuma udaranya saja
Dan sebenar udara buat cinta adalah penyatuan cinta dan pujangganya
yang selama ini menyembunyikan rasa dalam jiwa puisi semata-mata

Pujangga Cinta 5



Cinta semakin memalu
Sepertinya dia bercinta dengan rasa melulu
Tak mungkin pujangga di seberang sana itu wujud
Dia yang kini sudah tak seperti dulu
Keyakinannya diangkat tinggi menjauhi rasa malu
Dia tak harus berhenti membisu
Tapi dia harus berhati-hati dengan harapan yang menipu

Luahan Cinta seakan menusuk kejantung cinta Pujangga
Pujannga pula yang membuntu rasa
Apa engan yang si dia maksudkan
Ragukah Cintanya pada luahan puisi hatinya
Dia tak mampu mengusir hiba

Pujangga Cinta 4

Puisi mereka bertemu
Tapi mereka masih kurang tahu
Kurang kerana yang mereka temu cuma rasa
Belum pujangga cintanya
 
Pujangga semakin menzahiri kebiruan hatinya
Sebiru hati yang kehabisan udara
Kemana arahnya masih hauskan bahasa cinta..
..yang dia seru yang dia puja sejak sekian lama
Cinta pula seakan mengerti kekalutan jiwa pujangganya kini
Lalu dicoret sesuatu keluar dari hati
Niatnya sebatas menghiburkan resah sang kekasih
Tapi maksudnya menyirat cinta sepenuh-penuh kasih