BannerFans.com

Friday 24 August 2012

Pantun-lah pula

Pohon berakar..menghias halaman..
Kuntumnya mekar..mengidamkan kumbang..
Kujaga mesra lah si bunga impian...
=(
Gugurnya tetap sebelum berkembang...

cindai...cindai...

Tuesday 14 August 2012

Guru Cinta?

Bila aku mengajarkan padamu cinta
Aku sebenarnya menjujuri hakikat rasa

Bila kau berjaya menterjemahkan cinta
Aku sebenarnya tak pernah cuba jadi pentafsirnya

Bila cinta kau definisikan aromanya...
Sebenarnya aku hanya mencium bau syurga
Seakan cinta yang kau bawa...tulus lahirnya dari syurga segala cinta
Merentasi hakikat cinta pujangga...
Dan membatasi ketujuh tujuh petala cinta..bersama sama seisi kerajaannya

Bila kau terlihat aku saat engkau mengamati cinta
Aku sebenanrnya masih kelu untuk menafaskan kata kata

Sungguhkah begitu yang engkau rasa...
...yang bahawasanya akulah guru cinta??

Cinta

Cinta..
Apa itu cinta ?
Aku tak mengerti...

Cinta...
Membuatkan sang pencinta keasyikan
Keasyikan terhadap perkara yang dicinta

Cinta...
Bahasanya indah...
Bahasanya boleh saja mendamaikan jiwa...

Cinta...
Sangat sukar untuk ditafsir...
...tapi sangat mudah untuk merasa...

Cinta...
Jika engkau bunga...engkaulah bunga yang paling menawan sekali
Jika engkau warna...engkaulah yang paling cerah sekali
Jika engkau wangian...tentulah engkau yang paling wangi...
...diantara wangian yang lain...

Dan jika engkau wanita...
Sewajibnya engkau wanita yang paling cantik, indah, menawan, penuh kesopanan
Dan engkau menyerupai bidadari tercantik dunia akhirat

Cinta...
Aku tak berani mengungkapkan padamu cinta
Kerana rasa kagum dan hormat membuatku malu akan diriku yang hina ini

Kuharapkan cinta akan terus bersemi...walau tidak dengan lafaz cinta

[aidilsyukri]

Monday 13 August 2012

Cukuplah..


Cukuplah dalam hati saja
Mengapa terlalu ingin menakluki usia

Cukuplah sekadar rasa bersahaja
Mengapa sampai mahu dewasa dengan nafas yang sama

Cukuplah kaujajah setakat ini saja…
…usah jelajahi segala deria

Tak sanggup aku membisukan rasa…
...bukannya dapat sebulan cuti rayanya

8-)

 ~~eat well, live well, & study well~~

Biar begini

Biar cinta kita setara
Nanti bila amarahmu lantang menyua nyua...
..aku mengerti kelantanganmu ingin menyampaikan apa

Biar rasa kita sehala
Nanti bila kau amuk amukkan cemburu buta...
..aku mengerti cemburumu itu kerana apa

Dan biar kalimah cinta dibiar terahsia
Nanti bila kejauhan menakluki rasa...
..aku kan setia bertahan sampai saat kalimah itu bersuara

..kerana cinta terlalu aneh untuk hanya sementara
Dan terlalu manis untuk dirahsia selamanya...

~~eat well, live well, & study well~~

Thursday 9 August 2012

Satu je

Tersesat disitu
Kemudian kau mengadu
Yang menyesatkanmu bukan aku
Adu saja pada temanmu itu

Kenapa begitu..
Seharusnya kau lebih tau..

Yang kau janji cuma satu
Yang kau temu tak kurang seribu
Bagaimana untukmu setia menunggu sang satu
Kalau yang seribu tak mampu kau usir dari perhatianmu

Seandainya kau ambil tahu
Cinta itu seharusnya tak seribu
Usah jeliki usang pendirianku
Sungguh cinta yang bersatu..selalunya memang satu

~~eat well, live well, & study well~~

Tuesday 7 August 2012

Tak perlu sedihkan apa apa

Dia tak perlu tunggu dia yang dulu muncul semula
Dia sebenarnya cuma perlu kuat dari yang sedia ada
Percaya saja..
Jalan yang Allah bagi tu tak mungkin sia sia
Pasti ada sebabnya

Mungkin ada sesuatu yang Allah nak dia belajar
Mungkin ada sesuatu yang Allah nak dia rasa
Sebab kekuatan tu tak datang dengan sendirinya
Kekuatan tu kan selalu kita minta dari DIA
Mungkin sebenarnya Allah nak kita lebih manja dengan DIA
Nak kita lagi meminta minta kekuatan dari DIA

Dia sebenarnya tak perlu sedihkan apa apa
Kasih sayang Allah tu memang khusus buat hambaNya yang DIA cinta

Tidakkah dia tersentuh untuk membalas cintaNya??

~~eat well, live well, & study well~~

Ada apa dengan dia

Kala manusia gembira semuanya
Dia terlihat yang paling bahagia

Kala teman teman bersahaja memandangnya
Dia terlihat yang paling..sempurna

Kala orang orang berwangian menusuk deria
Dia terlihat yang paling harum berbanding mereka

Bila semua orang berbicara perihal cinta
Dia seolah olah yang paling tahu jalan ceritanya

....dari mana asal usulnya..
Ada apa dengan dia...

Kenapa terlalu mudah untuknya
Tak perlu berbiaya untuk masuk ke dalam jiwa

Kenapa terlalu aneh haruman baunya
Semakin hari semakin mewangi di taman jiwa

Kenapa terlalu kejam nafas asmaranya
Setiap hembusan masih hauskan udara puisinya

Kenapa terlalu haloba aku berbelanja
Masaku tak berbaki semuanya terluang hanya untuk memikirkannya

Ada apa dengan dia..
...sesampai aku tak mau jauh dari cinta..

~~eat well, live well, & study well~~

Sunday 5 August 2012

Hampa

Dicari cari
Sedang yang dicari sudah lama berdiri disisi

Ditunggu tunggu
Bayang bayang pun tahu sepatutnya aku tak perlu terus menunggu

Difikir fikir
Sudahnya aku yang jenuh memikir

Apa sang kumbang mencari madu bunganya
Atau si bunga yang berfikir sebaliknya
Terlihat tenang tapi mereka seperti menunggu bayang
Yang sebenarnya ada dan tak pernah cuba menghilang

Dia ada.....
Cuma dimana..........

Arahnya rahsia..
Lalu aku hampa.

~~eat well, live well, & study well~~

Saturday 4 August 2012

Iya


Tika terbuka hati
Cahaya yang terang ..membuat malamku terasa gemilang
Cahayanya cukup terang..seperti mengerti seterang mana yang sedang aku perlukan

Aku disini
Tidaklah pandai mentafsir pujangga yang diseberang sana
Yang menyembunyi rasanya disebalik hasrat yang dirahsia-rahsia
Lalu aku pulang memendamkan segalanya seperti dia
Mengharapkan suatu hari nanti kepastian yang bakal menjelma
Mampu membuat dia bahagia


~~eat well, live well, & study well~~

Bulan^^


Diintai semalaman
Bulan mengadu segan
Si dia memandangnya seperti hairan
Bulan tak mahu dibilang perasan
Jadi bulan berbisik sendirian
Adakah si dia melihatku kecomotan??

Kenapa bulan sebegitu kegundahan
Baginya mungkin si dia sengaja mau ambil kesempatan
Bagiku pula mungkin si dia benar benar kekaguman
Memandang bulan yang indah dicelah awan yang tak kelihatan
Sambil mengamati sebenar bernar rupa keindahan
Yang tak pernah dia jumpa bila hari kembali kesiangan

Disebabkan bulan kelihatan terlalu keseganan
Biarlah dulu dia sendirian
Malam esok janganlah lagi kau intai awan
Khuatir bulan kan bertambah tambah segan
Bulan kan tak perasan
Yang dirinya sebenarnya terlalu perasan
Apela bulan..


~~eat well, live well, & study well~~

Friday 3 August 2012

Mampukah kau

Kenapa harus menahan rasa kalau bahagia itu benar ada
Kenapa aku harus berahsia kalau teman yang ada kuanggapkan teman setia
Kenapa masih terpaksa menahan duka kalau aku sendiri tak mahu berusia dengannya
Kan lebih baik nafas tak selesa cukup setakat ini saja
Tak perlu aku membuang buang rasa
Kan aku yang selalu percaya bahawa harapan itu sentiasa ada

Kenapa masih menulis kalau dah tau orang ramai tak suka
Kenapa masih mahu berpuitis kalau yang sudi baca mungkin hanya cuma dia
Kenapa masih tetap yakin berbahasa kalau dah tahu aku tak bermasa depan dengannya
Kenapa aku masih setia dengan tulisan tulisan yang  semua orang  tak mampu faham erti bahasanya
Kenapa aku tak mampu bahagia tanpa menuliskan sesuatu keluar dari jiwa
Kenapa aku tak mampu seperti yang lainnya
Kenapa aku tak tahu kenapa aku terlahir sebegini rupa

Andai hakikatnya cuma puisi yang aku suka

Mampukah kau menggantinkannya
Dengan sesuatu yang semampu dia untuk membuatku bahagia
~~eat well, live well, & study well~~

Tangisan Ramadhan Mereka

Kejam!!!!!
Kejamnya bahasa amarah
Kudrat manusia dibelanja tak berjiwa
Bumi yang gersangpun tak mampu kata apa apa
Lantaran kejamnya amarah manusia

Apa yang dihasadkan dengan perbezaan agama
Sesampai nafaspun hilang nilai sejahtera
Jiwa jiwa pendetapun gugur di medan yang menggila
Akhir bersemadi hanya sebagai nyawa yang tak berharga
Di mata mereka
Yang tak pernah kenal erti kasih sesama manusia

~~eat well, live well, & study well~~

Sempurna Berdua

Andai kau hutan akulah hujannya
Adanya aku kerana engkau telah tercipta
Ibarat cinta yang sedia terbelah dua
Ternyata bila bersama baru kita terasa sempurna
Kerana air mataku mencederai hakikat dunia
Kewujudanmulah yang mengubat duka para penghuninya

Kesaksian mata cinta mengakuinya
Dengan kamu hina diriku jadi terahsia
Jika hilang kelibatmu apalah nasib air mata cinta
Kerana tanpa hutan hujan kan sering terlihat hina
Begitu umpamanya cerita cinta kita
Semoga selamanya kita sedia ada untuk berdua
Bersama sama  melengkapi bait puisi cinta
Yang selama ini terpisah dua oleh Yang Maha Esa

~~eat well, live well, & study well~~

Masih mahu disini

Buat kesekian kali bidadari tak mampu bernafas lagi
Nada nada bengis semakin membuatnya menangis
Kala tak larat berdiri dia masih tetap ingin berada di sini
Demi mempertahankan apa yang sedia dia cintai

Seisi alam seharusnya lebih berani
Kudrat yang selangit tinggi tak patut tersimpan diam tak dimanfaati
Kalau takut itu menjadi penghalang seisi bumi
Takkan seluak tak boleh dikais buat diri sendiri
Apa guna jadi pencinta seni

~~eat well, live well, & study well~~