BannerFans.com

Tuesday 20 January 2015

Mungkin

Dan mungkin datang lagi
Rindu. Sayang. Kemudian diterima lagi
Mungkin aku yang tak sabar saja
Kan masa depan tak boleh dijangka

Thursday 26 June 2014

Cubalah berdikari

Kenapa angin selalu berubah
Sekejap kencang, sekejap tenang
Berhembuslah saja, tak perlu ikut cuaca
Biar hujan tak bawa taufan
Biar panas pun tak mematikan

Engkau angin sebenarnya boleh berjalan sendiri
Tak semestinya perlu tunggu ramal cuaca baru kau nak ubah rencana
Engkau boleh atur jalan sendiri
Cubalah berdikari

Aku bukan bunga

Ngilu hati aku
Resah
Pilu
Kalau saja dia tahu
Rahsia yang ada dalam hati aku

Aku bukan bunga
Yang setelah dibaja, kemudian diracun pula
Aku cuma perempuan biasa
Yang perlu kasih sayang dari dia
Bukan harta.

Wednesday 6 November 2013

Ibarat gambar

Jasadnya
Ibarat sebuah gambar yang baharu
Yang terlalu disayang yang terlalu diingin terjaga selalu
Ingin sentiasa terlihat baharu
Ingin tetap dia di situ
Jangan teralih jangan berdebu
Biarkan dia menghibur mataku

Sebelumnya gambar
Ku simpan bersahaja
Tak kubingkaikan tubuhnya
Tak kugantung di mana mana
Cuma bersahaja
Cuma kusimpan di dalam raga
Tapi bila gambar tercarik dihujungnya
Aku menjerit tah salahkan siapa
Aku terlatah membuakkan cela
Habis raga kuhumban keluar
Padahal kan salahnya bukan dari raga

Tapi esoknya
Gambar kucantum sempurna semua
Setiap yang carik kuserikan semula
Kubingkai kugantung setinggi yang kusua
Biar mata bisa tumpu ke jasadnya
Biar kini setiap masa aku mampu melihatnya

Jasad yang ibarat sang gambar,
Laksana cinta yang baru bertakhta
Laksana impian yang semakin nyata
Harapannyalah gambar, semoga kau terbingkai selamanya disana


#

Kadang rasa tu macam masa
Dia berjalan, bila lihat, kaki tak ada
Nak kejar tak sempat
Bila dah lepas, terpaksa biar berlalu saja
Macam mana kenang pun tak mungkin kembali semula
Kerana yang dulu, dah pergi bersama usia

Bernafas saja dengan udara yang ada
Kan Allah masih izin berjalan atas dunia
Dan bila bersaudara, hargai jasad dan perasaan mereka
Jangan biar asap terlalu menempel di bulu bulu mata
Bila dah kelabu kita kata cahaya, alamat tua bakal sendirian lah jawabnya

Friday 25 October 2013

Sendiri menyala

Belum aku merasa gelita
Seluruh langit lantasan bercahaya
Justeru tiada yang gagal kusua
Setiap yang di mata pasti turun ke dasar jiwa
Terus terendam di emosi prasangka
Kadang hanyut dibawa lara, lalu tersesat mencacat di minda
Kadang terlemas sendiri pula, nak dikubur tak tahu harus di mana
Lama lama kubiar saja
Lama lama aku doa semoga nanti semua dan semuanya bakal pergi bersama usia
Tak perlu dipanjangkan cereka

Silapnya gelita, aku membiar dia melihat semua
Jadi lara semakin berkaca
Andai nanti aku begini semula
Semoga yang dilangit jangan lagi lagi ketawa
Kan sudah aku berita
Sebelum aku merasa gelita
Prasangka sendiri yang mahu menyala

Monday 21 October 2013

Paku

Ada sebatang paku
Yang kulunggah dari timbunan timbunan kayu
Yang kuasingkan debu darinya satu persatu
Yang kuharap ia mampu terlihat yang baru semula buatku
Meski ia dah tak mampu lagi menjadi setajam dahulu

Sunday 29 September 2013

Aku ibarat kertas yang terbang
Terhuyung hayang membawakan diri
Meski aku tiada yang sayang
Salah silap kutanggung sendiri

Aku juga ibarat kepompong
Idamkan udara seberapa segera
Kerana perutku tak mahu kosong
Akanku kerah kudrat yang ada

Kerana aku dipandang ringan
Masa yang ada berlalu saja
Aku terimakan nasib badan
Wahai Tuhan, beratkanlah hamba

Monday 16 September 2013

Sampai bila

Aku bukan manusia yang suka putus asa
Tapi kan hidup ada kala ke bawah juga

Aku bukan sang maharupa
Ada bakat pun macam tak berharga
Hidup aku bukan yang biasa biasa
Tapi jauh lebih bawah dari hidup rakan sebaya
Enak rasanya hidup serba bertuah mereka
Tak rasa payah, rasa bangga lagi ada
Aku cemburu, tiap hari mesti nak leleh air mata

Aku juga manusia biasa
Ada rasa, ada kala kecewa juga
Kadang kadang aku fikir benarkah ini dunia
Kenapa rasa macam dah ada dalam neraka
Aku sendiri
Bila ada yang bimbing semua dah lari pergi
Semua dah tak nampak muka bila lepas hari graduasi
Aku tinggal sendiri
Ahli baiti tak ada yang mampu bimbing nurani
Aku nak rasa ke syurga
Aku nak rasa walau sehari yang aku ni bukan perempuan tak berguna
Aku ada jiwa yang kelana
Bila orang hulur tangan, aku belajar cuba menggapainya
Tapi sampai bila
Sampai bila baru boleh aku hulur tangan aku pula


Wani..wani..

Kau buat apa
Aku menung menung saja
Kau pula buat apa
Sama saja, menung juga

Hmm..stress rasanya
Banyak benar fikir dalam kepala
Tak tahu kalau nak mula, nak mula yang mana
Hmm..panjang lagi ke usia..?
Terasa dah penat sangat je
Samalah..tak larat dah rasa
Rasa macam dah tak terdaya
Nak doa kawin cepat lah
Boleh kongsi dengan suami
Eh, baik doa cepat mati
Suami sekarang mana ada yang mithali
Eh, mana baik doa mati cepat
Sebab tu aku doa kawin cepat
Indirectly sama je macam doa mati cepat
Tengokkan gaya suami zaman sekarang ni
Puii

Sunday 15 September 2013

Penat

Dah lama rasanya
Hati ni dah terlalu lama dia membabi buta
Aku pun tak pasti apa sebabnya
Akal pun dah lama aku tinggal tak guna guna
Penat tulis cerita
Penat sabarkan rasa
Lama lama aku kecewa sendiri
Kenapah manusia tak pandai menghargai

Aku perasan dia suka kritik orang yang sana
Kemudain, samakan dengan yang sini pula
Cuba ambil tahu yang di sini sendiri
Tak semua orang makan cili
Cuba teroka sekeliling tempat kau berdiri, kan masih di bumi
Takluki tempat kau berdiri, tempat kau cari rezeki
Baru layak kau kritik pelangi

Tuesday 3 September 2013

Kerusi

Bayangkan saya rotan..yang teringin nak jadi kerusi
Saya tak boleh nak jadikan diri sendiri kerusi
Saya perlukan tangan untuk buat saya jadi kerusi
Saya tahu saya tak mampu jadi kerusi dalam dua tiga hari
Tapi saya teringin nak jadi kerusi
Biar empat tahun lagi pun belum tentu jadi
Sekurangnya tangan dah bantu saya sedia untuk benar2 jadi kerusi
Bersedia untuk perasaan bila orang duduk nanti

Saya cuma rotan, bukan kayu jati
Yang saya mahu jadi kerusi, yang boleh orang duduk nanti
Bukan jadi macam si jati, cuma jadi pameran dalam rumah agam yang sunyi

Monday 27 May 2013

cinta laksana buayan

Cinta adakalanya laksana buayan
Seketika aku terlupa yang aku sebenarnya masih berhayalan
Bila cinta kausemai tanpa ragu
Semoga kau tahu ia kian mekar seiring waktu
Bermula hadir tak pernah cuba berlalu
Tetap mahu disitu..tetap ingin terus menunggu

Pernah dahulu kau kirim panduan
Ini jalannya untuk menempuh pernikahan
Pernah kau ragu dengan pelan yang kauberikan
Dan aku mengerti kita berdua terlalu keasyikan
Saat berjumpa kita hampir terlupakan Tuhan

Tegurlah aku, tegur biar aku tahu
Biar aku kembali akur dengan sekalian yang menyentap di sanubarimu
Mungkin apa yang kau tahu
Belum pernah terfikir oleh ruang akal mindaku

Wahai cinta
Semenjak kau hadir bersama segala sinar
Senyumku ternyata semakin melebar
Semoga cintamu selamanya akan mekar
Semoga ia tidak sekali mencuba untuk berakhir pudar

Dua puluh dua

Kali ini usia dua puluh dua
Dah semakin dewasa..dah hampir tua
Bakal hadir Ramadhan yang ke dua puluh dua
Bakal pergi juga Ramadhan yang ke dua puluh dua
Kalau puisi rasa macam ceritanya dah cukup berjela
Kalau pantun pula dah sampai rangkapnya dah terlihat sama

Kali ini yang ke dua puluh dua
Aku tak mahu kali ini dan sebelumnya cuma sama
Aku tak mahu Ramadhan pergi lagi dan aku menyesal semula selepasnya

Kehadapan hati

Malam ini terasa sepi
Sepi yang macam sepi sepi yang sepi sekali
Sesekali terasa macam nak menyanyi nyanyi
Sebab terasa macam tenaga ni banyak lagi
Taknak nanti lepas ni rasa macam rugi

Kehadapan hati yang di dalam hati,
Benih yang kau tanam ternyata makin berisi
Semakin dia berakar nampaknya lagi jauh arah yang dia pergi
Jauh menembusi alam satu lagi
Jauh membawakan hati yang satu lagi ni

Dan disebabkan arahnya sukar aku jejaki
Sudikah kau segera bantu aku di sini
Aku tak mahu dia sesat ke tempat yang takku kenali
Aku mahu dia selamat saja dekat dekat kawasan sini
Tapi disebabkan jurang yang masih membatasi
Mana mungkin aku dapat menyampaikan padamu perihal ini

Wahai hati yang lagi satu
Kalau sudi kau beritahu
Beritahulah aku
Dimana dirimu

Wednesday 22 May 2013

Kumbang bualan

Dia kumbang jalanan
Yang menjadi bualan para bungaan

Dia bukan seperti yang dibualkan
Tapi lebih mekar dari semua tumbuhan yang wujud ditaman

Dia tak pernah beri kesempatan
Saat dia berlalu mereka selalu saja mengadu diacuhkan

Maka dengannya aku belum sempat berkenalan
Tapi padanya aku teringin untuk meluahkan perkataan
Agar dapatku terangkan betapa aku tak mahu jadi sebahagian dari bunga yang diacuhkan
Setelah maduku turut sama dia telan

Friday 17 May 2013

Puisi


Puisi ini padaku
Tak cuma menghimpun bicara kalbu

Saat pena kuloloskan penutupnya
Saat itu aku seolah menjual bahasa
Menghujah hujah rasa
Menurutkan wajar prasangka

Puisi ini padaku
Sungguh membuat hati keliru
Apa ia benar manfaat bagiku
Atau cuma penyebab aku makin celaru

Monday 13 May 2013

Entah apa


Aku tak mungkin pandai memaksa
Maka rasa buatmu kupadam saja
Dan harapan darimu kubuang tak bersisa
Maaf segala kelanjuran bahasa
Engkau pun tahu kelemahanku puisi dan alunan bahasa
Semua mungkin khilaf penanda wacana
Mungkin sepatutnya ayatnya dibaca bersahaja
Tanpa memaut maut rasa bersamanya
Tanpa menganggap2 bait kata mewakili rasa
Ampuni rasa yang terlanjur berkata
Kini aku akur cinta bukan mampu dipaksa
Cinta itu rela
Rela pergi rela mencari
Rela diuji rela dilenjuni
Rela dimarahi rela salahkan diri sendiri
Kerana rela berserah diri pada takdir Ilahi

Dan cinta itu juga kelabu
Ingin bibir tersenyum selalu
Sanggup menunggu dan terus menunggu
Walau sendirian ditempat aku tak tahu
Walau diredah jalan yang mengeliru
Kerana hatiku sudah tertipu
Dengan puisi si cendera kalbu

Aku cuma wanita biasa
Mahuku hidup yang sederhana saja
Supaya aku berikhlas sentiasa
Tanpa mahu mengharap yang tiada
Satu doaku buat semua
Semoga kita lebih waspada
Dan bertanggungjawab untuk tiap patah kata
Mana yang tak tahu semoga tidak diberita
Bimbang nanti ada lagi yang mungkin terpedaya
Dengan rasa

Friday 10 May 2013

Rindu gila

Ada burung cenderawasih
Malam malam mintakkan dedak
Ya sahabat yang ana kasih
Masih kenal ataukah tidak

Malam malam tak mau tidur
Selagi lapar menguak nguak
Kerenah antum sungguh menghibur
Sampai sekarang masih terbahak

Dari Johor datang a.m.u
Balik balik hai rindu pula
Harap jodoh tak lari dulu
Biar ukhuwah sampai bila bila

Monday 6 May 2013

#

Apakan hati dah tak mampu berdaya
Hasrat nan murni ternyata luput akhirnya
Harusnya cinta dipertahan semahunya
Tapi kan cinta bagusnya tanpa dipaksa
Biar seadanya
Ikhlas dari hatinya
Harusnya aku tak patut terpedaya
Harusnya dari awal aku waspada

Kala stanza asyik diukir tanda koma
Ayat yang berjela ternyata ceritanya tergendala
Mungkin yang layak cuma episod pertama
Yang selebihnya mungkin belum berbaki rasa
Yakin aku akan ada sambungan selepasnya
Tapi sambungan selepas koma
Adalah tanda yang jalan cerita semakin hampir pada titik noktah
Mungkin sudah lama
Mungkin aku saja yang baru terasa
Alah bisa lawan tiada
Biar saja dewasa dengannya
Dari aku menunggu yang tiada
Baik aku yang pergi dari hatinya

Thursday 2 May 2013

Aduh

Aduh walang bagaimana sekarang
Puisi tak ada hatipun hilang
Nanti jalang kasih dan sayang
Kalau puisi dan aku berperang

Bagaimanalah biduan bernyanyian riang
Bila petang angin kan kencang
Waima melodi pun tak bersiur gendang
Mungkin di hatinya berseloka inang

Mungkin siang ulamnya girang
Maka malamnya ikutan senang
Mungkin diluarnya terlihat riang
Rupanya puisi meluahkan sayang

Apalah nasib terlalu beria
Ingatkan pandai mengetuk rebana
Apalah nasib terlalu setia
Ingatkan pandai tinggal puisinya

Tuesday 23 April 2013

Kembali

Telah aku lepaskan
Suatu jasad yang kusebut jiwa
Dan aku membiar ia terbang
Biar ia pergi dibawa angin layang
Berlayar..biar tak hanyut dibawa ombak
Aku hanya membiar..biar akhirnya ia menjejak puncak

Arah ia tuju mungkin belum ditemu
Mungkin jaraknya memang jauh beribu ribuan batu
Dan siapa juga yang ada di situ
Dan suasana yang masihku ragu
Aku juga tiada tahu
Sama ada disitu benar benar ada penunggu
Atau yang disitu meminta ia kembali kepada aku

Monday 22 April 2013

Manusia akhir zaman

Manusia diakhir zaman
Manusia yang makin kasihan
Dari luar nampak hairan
Rupanya didalam menuntut helahan
Menyeru nyeru subsidi perasaan
Agar akhirat tak hilang dek pandangan
Biar jauh menyusur jalan
Asal jangan dijalan hayalan
Bila dimata tak nampak harapan
Usia yang ada dibunuh jangan
Memori khilaf ayuh lupakan
Ayuh kedepan
Perlahan perlahan
Agar tak terlalu terlihat kasihan
Aduh manusia akhir zaman
Aku..dan teman teman

Sunday 21 April 2013

walang

Dia mekar dia berkembang
Dari muka yang terlihat tak cuma sayang
Ada cinta yang sedang berkurang
Ada rindu yang jemu bertandang

Dia mekar dari jauh bercabang cabang
Ingkar kasih tak mampu setia padaku seorang
Diinjak dikambus masih keluar sangsi temberang
Nyata benar bukan aku kekasihnya seorang

Aneh nian rasa hati berani berkurang
Apa sayang yang diungkap sebenarnya jembalang
Yang terluah kata jiwang yang membuat aku walang
Tiada..tiada apa yang aku dakap darimu sayang
Tiada yang engkau jamini
Tiada yang engkau berani janji

Friday 5 April 2013

Sang penikam

Terbang bersama angin
Kemudian basah bersama hujan
Tiap hari aku kering dihangat mentari
Tiap hari aku hilang bersama kelam

Padu
Terlalu laju angin menghantar aku
Biar tak jauh tapi aku melulu
Arah yang satu
Tak berubah halatuju
Yang angin mungkin tak berapa tahu
Yang angin mungkin sama saja melulu

Rindu
Pada yang terbuka atau yang rahsia
Mahu keluar nanti basah
Mahu didalam nanti bosan
Bila diluar pasti cedera
Bila didalam nanti aku hiba
Sama saja arah tujuan
Sama saja yang aku sasarkan
Jadi bagaimana ?
Sama saja diluar atau didalam
Tetap ada suasananya
Mana yang aku lebih rela
Mana yang tak lebih terluka

Walau aku tajam
Walau akulah yang seharus menikam
Walau yang cedera selalunya cuma diam
Tetap aku kurang faham
Kenapa masih merindu
Pada yang gerun kepada aku
Kenapa semua setuju
Memilik dia sebagai pasanganku

Sebenarnya mungkin aku yang menganeh rasa
Sebenarnya mungkin bagi dia itu perkara biasa
Memang dilahir untuk ditikam saja
Memang dilahir untuk menjadi terluka

Bingung amat menjadi busar
Lebih kasihan pada dat sasar
Tapi kan apa boleh dibuat
Sudah nasib jodohku papan dat

Monday 25 March 2013

Sahabat Puisi

Seorang pujangga kata
Dia dulunya seindah kurnia sang  Pencipta
Hidupnya bahagia
Bersama untaiannya
Dan tafsirannya berjuta
Buat istilah cinta

Setelah bertemu takdir Penciptanya
Dia dinikahi lelaki sederhana
Yang tak punya apa apa
Hanya memiliki sebuah kerjaya
Dengan bermodal jujur dan riak yang bersahaja
Akhirnya mereka disatukan menjadi keluarga
Dan ijabpun diwali..dan qabulpun tersaksi

Namanya entah siapa
Seorang wanita yang rapuh jiwanya
Kerana aku juga menulis puisi sama sepertinya
Maka aku seperti mengerti resah yang bertandu dihatinya
Maka aku seakan fahami jalan penderitaan yang dilaluinya

Dia adalah jasad sebuah puisi
Maka dirinya serapuh bayang tak berdiri
Jiwanya halus terlalu tak mampu untuk dijagai
Maka bila yang disisi terlalu sukar untuk difahami
Maka baginya mungkin yang disisi tiada sudi untuk menghargai
Mungkin ya..aku terlalu ingin berbicara dengannya

Setelah anaknya berusia lanjut
Diapun sudah tak berdaya apapun
Yang disisi dengan urusannya sendiri
Pulangnya cuma seminggu sekali
Mungkin memang dari awal kurang suka barangkali
Cuma terkeliru dengan indah bohongan puisi
Cuma terharu dengan indah senyuman bayangan bidadari
Ya..apapun dialah yang dipanggil suami..kalau aku, akupun tak mampu berbuat apa lagi

Oleh kerana merasa dirinya seakan dibenci
Tidak dihargai
Terlalu penat sekali
Dia diserang penyakit darah tinggi
Lalu bila dah terlalu tinggi, dan yang disisi tiada disisi
Dia lumpuh tak berdaya apa lagi
Dia juga kurang mengerti
Mengapa perkahwinannya bisa begini
Pasrah
Dia percaya ini mungkin ujian Allah

Kemudian tak lama penyakitnya bertambah parah
Dia menjadi pelupa
Dengan diagnosi Alzheimer
Mindanya dah tak mampu dikawal lagi
Walhal tubuhnya dah lama tiada berfungsi
Alangkah sedihnya kalau aku yang begini
Ya Allah..kasihan sekali
Sahabat puisi
Meski usia kita tidaklah serasi
Aku mengharap mampu menjadi temanmu disisi
Semoga dia bertemu bahagia
Segala apa yang belum ditunaikan buat suaminya
Semoga Kaujelaskanlah dihatinya apa yang tak kena
Satukanlah hati yang berkeluarga
Layarkanlah mereka dalam bahtera cinta
Dan tenteramkan jiwa keduanya
Mereka bukan apa apa
Mereka cuma belum menemui cinta dari keduanya
Kerana mereka leka mentakrifkan makna cinta
Meski mereka tahu, bila cinta dihujah ertinya, akal berbaring tak mampu berkata apa

Tuesday 26 February 2013

Dia bukan sebuah puisi

Dia bukan sebuah puisi
Dia adalah isinya
Dia adalah ertinya
Yang dulu pernah menyeru
Dan tak lengah aku terus dicemburu

Dialah yang menghadiahkanku rasa
Dia jugalah yang mengilhamkanku bahagia
Sejak kami berjumpa
Sehingga mimipi sampai ke syurga
Dan kuharap ia selamanya
Dan kuharap ia benar benar tiada akhirnya

Dia istimewa
Dia mengerti segala galanya
Apa yg di dada
Apa yg di pena
Dia bijak mentafsir bahasa jiwa
Walau tanpa kuterjemah apa apa
Walau tanpa kujelaskan maksud sebenarnya

Dia bukanlah sebuah puisi
Tapi adalah rantaian rasa hati
Yang kisahnya tak mungkin bakal berhenti
Kerana dia bukan sebuah puisi
Dia adalah jutaan isi hati
Yang kurantaikan menjadi puisi
Yang hingga kini baitnya masih bernyanyi
Dalam sanubari
Tak mahu berhenti
Rangkap terakhir bersambung sendiri
Tak pernah mati
Dan aku menuliskan segalanya
Dan akan terus menuliskannya
Walau sampai habis bahasa

Dia adalah kisah cinta
Dan aku penulisnya
Dan dunia jadi saksinya
Dan tiada yang tahu jalan ceritanya

Friday 15 February 2013

Ada


Ada yang ingin kujadikan keluarga
Ada yang ingin kuberkongsi segalanya
Ada yang ingin kusempurnakan harinya
Tetapi adakah aku berdaya

Ada yang mahu aku miliki
Ada yang mahu aku cintai
Tapi apakah akukan direstui
Dan apakah aku kan kembali dicintai

#

Dulu kau selalu berkata
Akulah insan yang tulus kaucinta
Dan telah kau tunai segalanya
Sejak rasa kita bersua

Dulu kita masih muda
Dan kita berdua belum berharta
Tapi kau membuat aku percaya
Bahawa jodoh kan menyebelahkan kita
Lalu kuterimamu apa yang terada
Walau tanpa harta
Walau tanpa kauminta
Dan akupun menyerahkanmu segala galanya
Seluruh cinta
Dan seluruh setia
Sejak kita bina keluarga
Di hari pertamanya

Tapi engkau tak setulus kusangka
Esoknya pula kau sudah berjaya
Ramai wanita menawarkan bahagia
Aku dimatamu bukan lagi sebuah cinta
Dan aku kelihatan sebagai beban
Yang tak mahu engkau buang dan teragak untuk kausimpan
Lalu aku kauacuhkan
Lalu cintaku kaukebumikan
Lantas kau menikah dengan isteri yg kedua
Mana nafkahku dah tak sudi aku tanya
Setelahnya pula aku perasan kau haloba
Dan menikah sekali lagi dengan isteri yg ketiga
Maka senasiblah aku dengan isterimu yg kedua
Setelah dia juga dipinggirkan sama
Dan anak anakku dah tak mahu sudi terima
Keinginanmu yang mengenepi perasaan yang lainnya
Dan mereka menganggapmu sudah tiada makna
Bila dirimu diburu sentiasa kerana harta
Nanti bila kau sudah kedana
Sudikah kau fahami corak hidup yang sebenarnya

Wednesday 13 February 2013

Biar lama lama


Bila ia ada
Ya Allah, biar lama lama
Biar sampai bila bila
Rasa cinta yang di dada
Aku..dan juga dia

Bagaimanapun mukadimahnya
Ini cerita kita
Yang dah lama bemula
Namun tak jemu seiring dewasa
Dan tak luak dikais usia
Meski kau bukan yang selalu di mata
Meski hanya sesekali kita bertatap muka
Rasa yang pernah mula menjelma
Hingga kini asmara itu masih kekal hangat membara
Melekap dalam amanah rasa
Bersemadi dalam impian cinta

Namun cinta ibarat menghirup lada
Meski maklum akan bahaya pedasnya
Masih aku memburu pohonnya
Mengulam ngulam juadah selera
Makaku menjamu dengan sepuas rasa
Meski berteman air mata
Meski berangin mencucuk dada
Tapi kerana dia yang menyedapkan rasa
Maka padanya aku lebih selera
Tanpanya aku memang tak apa apa
Cuma juadahku terasa bagai tak sempurna
Begitu juga rasa yang di dada
Begitu kisahnya cinta yang di jiwa
Aku..dan juga dia
Ya Allah, biar lama lama
Biar sampai bila bila
Biar sampai aku bekerjaya
Biar dia mampu sedia biaya
Kau mudahkanlah kami untuk bersama
Selamanya
Sampai hujung nyawa..dan hayat selepasnya
Kerana hati ini ingin setia
Dengan cinta yang Kau wujudkan untuknya
Biar aku isteri
Yang mampu pelihara diri
Disamping cinta, anugerahMu ini
Ya Allah, izinkan ia abadi
Biar selamanya
Biar sampai mati
Bukan..biar sampai syurga nanti

Cinta adalah

Cinta bukan paksaan
Cinta lahir dari dua perasaan
Kehadirannya bukan atas undangan
Perginya pula tiada yang merelakan

Cinta adalah
Dua jiwa dalam satu fikiran
Dan dua hati dalam satu debaran
Ada impian yang kelaparan
Yang turut dahagakan sebuah pernikahan

Dulu

Mungkin tak apa apa
Masa yang pergi begitu keadaannya
Aku yang dulu memang tak semenggah kau sangka
Jadi bagiku mungkin tak apa apa
Jadi sudahnya aku lupakan saja
Tanpa kesalkan apa apa
Tanpa undur undurkan cerita
Begini saja
Aku memang manusia tak sempurna
Segala watak kumainkan bersahaja
Tak pernah serius dalam bahasa
Tak mampu taklukkan mana mana jalan cerita
Maka kisahku beginilah jadinya
Tiada warna
Hambar saja
Tapi mungkin kau mempersepsikan sebaliknya
Segala yang dulu semua penting penting saja
Segala yang lalu mempengaruhi aku yang semasa
Mungkin tak apa apa
Mungkin ada betulnya
Aku yang dulu dewasakan cerita
Ya, aku akui begitu sebenarnya
Maka yang dulu sebenarnya tak apa apa
Cuma sebuah lonjakan paradigma
Membawa aku mengenal dewasa
Memahami lebih dari sebelumnya
Mengawasi gerakan yang terbukti berbahaya
Makin dewasa
Maka tak apa apa
Yang dulu cuma cerita bagaimana aku mendewasa
Jadi kalau yang dulu memang untuk kucerita
Mungkin dari dulu kita harus dah berjumpa

Biar buruk saja


Jadi biar yang buruk saja
Ibarat mengukur seberang laut
Akal teruji jawapan tiada
Gagahkan isi, ketepi bijinya
Akhirnya bengis jemukan rasa
Masapun sembunyi di alam maya
Haru tiada
Nafsu gelora
Lalu keliru dipermain rasa
Harus kecewa
Baru dewasa
Kerana aku bukan dia
Dan dia bukan mereka
Kita semua manusia biasa
Ilmu terbatas hanya diminda
Walau ilham menjelas seperkara
Masih kita bukan pemiliknya

Orang orang

Orang orang yang punya suara
Bukan semua boleh menyanyi
Mungkin lantang bila berbicara
Entahkan merdu bila mengaji

Orang orang yang sukakan kita
Bukan semua kerana hati
Ada yang kerana berhutang budi
Ada yang terikat kerana janji

Sunday 10 February 2013

Nona jelita

Mawar dibawa oleh Cik Siti
Diletak pula di atas tahta
Besar sekali hajat di hati
Ingin memikat nona jelita

Mawar dibuat sanggul mahkota
Indah dan cantik tersisip rapi
Janganlah gundah nona jelita
Mari berpantun hilangkan sepi
Berjalan jalan di pinggir hutan
Mahu mengumpul si kayu api
Sedang ke hutan ku tidak berteman
Inikan pula di kamar sendiri

Lalu terpandang seorang jejaka
Manis senyumnya menawankan hati
Apakan daya jodoh tak ada
Nona jelita yang dia hajati

Rindu, kasih, rasa & sabar

Hati ini rindu, lalu kuadukan pada yang menciptakan rindu
Aku merindukan kekasihku
Yang belum halal buatku

Duhai kasih
Bila dapatku berkasih
Berkasih bersama kekasih
Buat kasih rindu untuk kekasih

Rasa, telah lama aku memendam rasa
Buat kekasih yang jauh entah kemana

Sabar, telah lamaku bersabar
Menunggu kekasih yang ditakdir
Puasku besabar, hingga terkadang buat diriku hilang sabar

Rindu, kasih, rasa dan sabar
Bantulah aku
Menunggu kekasihku
Dan peliharaku
Untuk kekasihku
Telah sabar bertemu aku
Katanya jangan lelah menunggu
Nanti bila Allah restu
Kau dan aku pasti bersatu

Semalam pula rasa menyapa
Katanya jangan  manjakan jiwa
Sekarang alpa sangat bahaya
Takut leka mudaratkan kita

Kini kasih merayu rayu
Jangan hati cepat tertipu
Meski percaya akan jodohku
Mungkin si dia masih meragu
Maka harus waspada selalu
Takdir itu Allah yang urus
Di sini mungkin doakan di sana
Tapi di sana doakan siapa?
Jodoh itu tak kejar sesiapa
Jodoh itu mengikatkan jiwa

Terbit rindu di sanubariku
Memberi salam lalu berlalu
Mungkin begitu caranya bertamu
Saja menyapa mengacahkan syahdu

Wahai rasa yang rindukan kasih
Sungguh sabar ikhlasnya aneh
Sekejap hati merintih rintih
Berkat bersabar hatipun pulih

Saturday 2 February 2013

Sabar


Mahunya kahwin, ubatnya sabar
Takutkan lama kan menyusah hati
Wang tak ada harus diusaha
Baru si dia tak cari pengganti

Dari dada amukannya garang
Membentak-bentak mahukan isteri
Harapkan cinta selamat kejinjang
Haruslah sentiasa cekalkan hati
Mencari dan mencari
Cari biaya
Kemudian calonnya

Urai keringat yang membasahi dahi
Jangan peluhnya ditimbang diukur
Biar meriah majlisnya nanti
Semoga aku bersenag dan tak lupa bersyukur

Friday 1 February 2013

Tafsiran cinta


Kemudian cinta bertukar warna
Mengikut kadaran tona miranda
Dulunya kuanggap merah bersahaja
Dan sekarang kusedar warnanya berjuta
Begitu kisahnya warna cinta

Dan jika cinta adalah bunga
Pasti spesisnya bermacam rupa
Jikalau pula ianya buku
Pasti jilidnya sudah beribu

Bagaimanalah cinta tafsiran sebenar
Mahagurupun masih dikuasai cinta

Aib


Adapula jarumnya kasih benangnya sayang
Dan mungkin manikampun tak kenal jauhari
Walaupun hidup seabad tak senang
Jangan musuh sekali dicari

Maka aib orang bila terbuka biar rahsia
Harapnya pulang aib kita terjaga juga
Dan bila aib ditunjuk langsung dari Yang Esa
Mungkin sebuah peringatan untuk pelaku dan teman-temannya

Semoga terpelihara ukhuwah yang dibina
Usah menilai tajuk semata
Lihatlah dulu jalan ceritanya
Kan Allah yang paling layak menghukum hamba-hambaNya

Monday 14 January 2013

Dari Kajang

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga
Yang baik itu budi , yang indah itu bahasa
Yang kurik batu keluli, yang merah api membara
Yang baik tunjukkan gigi, yang indah hulurkan tangannya

Yang sini kata begini, yang sana waswas sentiasa
Yang sisi kata pergi, yang dada bersedia saja
Nanti pergi tak tahan hati, itu yang harus kujaga jaga
Nanti pergi asyik dirindui, itu semangat yang bakal kubawa

Dari Kajang kuterbang jauh
Berbekal azam nak kejar cita
Dari Kajang tak pernah jatuh
Moga kan sama di negeri sana

Biar hujan tak pandai turun
Nanti angin redakan bara
Biar hati tak pandai lencun
Perlahan perlahan dia basah juga

Oh, jaga diri ya Malaysia^^

Saturday 12 January 2013

Beranjaklah

Akadkan lafaz cinta kita
Kemudian aku seluruhnya kau punya
Soal hati yang sudahpun cedera
Aku sudahpun temui penawar untuknya
Beranjaklah dari kawasan luka
Azam yang baru harus kumula
Ayuh tinggalkan segala dosa
Dan jangan ulanginya
Berjanjilah tuk pelihara jiwa
Biar tak selalu merindui cinta
Dari insan yang bukan milik kita

Aku yang sombong

Aku hidup bernafaskan amarah
Isteriku bukanlah seorang solehah
Apalagi dia seorang penabur fitnah
Sehingga aku dibuang kuliah
Sehingga aku dipaksa menikah
Dengannya yg menghamili janin luar nikah
Setelah terlanjur bersama bekas kekasihnya
Dan aku difitnah utk menutupkan aibnya

Seusai akad kulafazkan keatasnya
Dia kuanggap perempuan malapetaka
Dia memenuhi tanggungjawab yang lainnya
Tapi dia bagiku suatu bencana
Begitu juga bayi yg dalam kandungannya
Sungguh aku tak redha menikah dengannya

Saban hari kutertanya tanya
Mengapa Allah mengujiku sebegini rupa
Aku tak pernah merelai dosa
Kupelihara segala yang disyariatkan agama
Ibadatku juga semata keranaNya
Sepanjang pengajianku tak kuabai yg sepatutnya
Sehingga orang tuaku merasa bangga
Sehingga kuditunangkan seorang bidadari dunia
Yang juga berlatar belakang didikan agama
Yang peribadinya secantik rupa parasnya
Kemudian kenapa Kau tarik semuanya
Ya Allah...kenapa...?

Hatiku amat membencikan wajahnya
Bahkan kujijik berjemaah bersamanya
Walau dalam lena
Walau dalam senda
Tak kupeduli kegigihannya meraih ampunanku
Walau tiada hari dia tak menyediakan makananku
Tiada hari dia meninggikan suara keatasku
Tapi untuk dirinya, untuk kasihan saja aku tak bernafsu

Dan setelah kepergiannya
Aku meratap kosong jenazahnya
Bersama anak yang masih diperutnya
Datang kasihan melihatkan wajahnya
Apa aku suami yang berdosa
Bagaimana dengan fitnah yang ditaburnya?

Baru sehari dia meninggalkanku
Hari ini aku sudah merasa rindu
Bagaimanapun dia adalah isteri untukku
Yang Allah jodohkan sejak dari lahirku
Yang kujanjikan cinta buatnya dari dulu
Yang kujanjikan bahagia untuknya bila bersamaku
Yang kujanjikan mengimaminya sepanjang hidupku
Tapi aku dah ternyata penipu
Aku pejanji yang tak berhati jitu
Sedang nafkahpun takku beri
Apalagi kasih sayang sebagai suami
Aku mempersiap diri buat menikahi tunanganku
Buat mencintai dia setulus hatiku
Tapi bila aku dinikahkan dengan isteriku
Tiada cinta yang kusemaikan dalam jiwaku
Begini caranya Allah menegurku
Dan kini kutahu siapa sebenarnya aku

Aku lelaki yang riak dan ujub
Sombong dan takbur
Menurutku rencanaku yang harus berlaku
Menurutku rencanaku adalah jalan yang betul
Yang harus berlaku begitu
Kerana bagiku aku yang paling jujur
Aku yang paling khusyuk
Dan aku yang paling mulia
Tapi bagaimana aku disisiNya
Bagaimana cara ujianNya kuterima
Aku seorang hamba berdosa
Menzalimi nikmat yang Allah kurnia
Dan kini kumerindui cinta dariNya
Semoga aku meraih redhaNya
Dan semoga isteriku menungguku disyurga

Thursday 10 January 2013

Adat bertamu##

Samar ukiran wajah
Tangannya melambai memandukan arah
Lalu kakiku kugesa melangkah
Kesana
Kepada pintu yang tiada gerbangnya
Tiada tiangnya, tiada juga dindingnya
Cuma ada dia
Bersama lambaiannya

Lalu kumelulu
Terus melangkah tak ingat malu
Dan semakin laju
Dan aku tiba didepan pintu

Tapi disitu tiada yang menunggu
Cuma ada pintu
Pintu yang tertutup

Kusangka kuditipu wasangka penglihatanku
Baru kutahu tuannya menunggukan salamku
Katanya begitulah adat bertamu
Ada syariat, dukung selalu
Bukankah aku sudah tahu
Tapi maklum, aku melangkah terlalu melulu
Kan dah malu


Wednesday 9 January 2013

Kurang cantik


Bunga yang baru berputik
Aku dulu yang tiada sabar mau petik
Tapi bila kuntumnya ternyata kurang cantik
Baruku tahu cara kubaja memang terbaik

Kosong saja


Ibarat kulit tebal isi tak ada,
Kantungnya besar
Duit tak ada
Hujahnya lebar
Kerjanya duduk saja

Sahabat


Pertama kali jumpa, sahabat semuapun istimewa
Bila dah lama lama,
Kalau tak jumpa, hari tak ceria
Nak tukar tukar cerita
Nak kongsi suka duka
Nak ukhuwah sentiasa terjaga
Kadang kadang lupa, tak sengaja
Yang sahabat ceria memang semua
Tapi sahabat duka mungkin cuma dua

Aku sepatu haus


Aku sepatu haus
Biar tak tergelincir ke batu
Aku harus menyabari perjalananku
Bila langkahku terlanjur laju
Peringatkanlah aku
Yang bahawasanya aku sudah haus
Kalau tak bersabar nanti bakal jatuh

Love is

To love is nothing,
to be loved is something
but to love and to be loved by the one you love,
that is everything

Tuesday 8 January 2013

Viola tak bertali


Aku seorang penggemar viola
Lantunan muzik berasal dari talinya
Melodi yang berbunyi membuaikan jiwa
Hingga aku terleka
Menghayalkan rasa
Dan melamar dosa

Asalnya viola bertali lima
Lantaran tersedar kubuang talinya
Justeru viola hilang bunyinya
Penggesek juga kehilangan kerja
Menghibur tak berdaya
Dibuang tak mahu kemana

Lalu viola kubuat palu
Dan cuma aku berbuat begitu
Dalam tiap keraian aku menghasilkan lagu
Namaku disebut selalu

Kata mereka aku pemain viola
Meski cara aku memainkannya berbeza
Yang aku main tetap viola
Kerana aku penggemar viola
Maka akukan cari tiap sisi yg buatku berguna
Tanpa menjadikan kekurangan alasan membencinya
Meski orang orang salah sangka
Meski mereka kata aku pemain viola
Meski cuma aku tahu aku tak leka dengannya

Cuma hiasan

Aku berdiri di tengah taman
Dikelilingi para tumbuhan
Ada bunga bunga menawan
Meriah dipandangan
Bau pun menyegarkan

Tapi semua kuntum berakar ditanah
Mereka tak sama dengan yang dalam jambangan
Mereka ditaman
Meski kupetik
Akarnya masih berpasir
Ditaman mereka cantik
Ditanganku mereka cemik

Mereka hiasan
Cuma cantik dipandangan
Tapi tak selamat dipegangan

Monday 7 January 2013

Selumbar bisa


Bagaimanapun juga
Selumbar itu memang berbisa
Sakit tak hanya di luka
Tapi juga disekitar anggota
Sinis tak cuma pada bahasa
Kadang kadang bahasa tubuh mendahulu bicara
Hingga yang didada merasa celaru
Ironinya ibarat siaran terganggu
Bergoncang selalu
Terkilan tak menentu
Dan hati yang menjauh
Dah semakin tak mahu

Kenapa dimanjakan pelangi

Mungkin hari tak secerah dimahu
Kadang cerah mendayu dayu
Esoknya pula mendung tak berlagu

Katanya pelangi muncul sesekali
Bila awan menangis tak henti
Baru pelangi memujukkan hari
Agar sang langit bersinar kembali
Menyerikan hari yang bakal menyusuli

Bila musim terjahkan hati
Awan mula mengangis tak henti
Walau berkali dipujuk sang mentari
Rajuknya berpanjangan dari hari ke hari
Hanya kerana tak dipujuk sang pelangi
Hanya kerana kebiasaannya tak diendah lagi

Kenapa dibiar awan dimanja pelangi
Bila suatu hari pelangi ingin sendiri
Dan awan pula bersedih hati
Dihantar mentari buat mengganti pelangi
Memujukkan awan yang menangis tak henti
Sebenarnya ini yang menjauhkan hati
Sang pelangi seakan tak sudi memujuk lagi
Sesungguhnya awan jasadnya tak berseri
Tiada warna yang menawankan hati
Dan bila sedih..awan tak mampu ceria sendiri
Lalu sesekali munculnya pelangi
Awan merasa terhibur sekali
Sampaikan tangispun bisa terhenti
Sampaikan langitpun cerah kembali
Malah dengan lebih bermotivasi
Kerana harapannya seakan kembali lagi

Kenapa kaumanjakannya pelangi
Kalau cuma sesesakli kau mampu temani
Awan yang gemar bersedih hati

Saturday 5 January 2013

Kakngah cinta emak

Alkisah rasa cinta berasal dari syurga
Rasanya kuat agar kita selamanya bersama
Dalam hati yang kian termateri pada raut wajah
Cuma cintamu yang kurasakan juang yang paling susah

Terasa satu dunia cemburukan rasa ini
Maka kau dan aku selalu teruji hati
Biar sampai mati akukan setia begini
Merebutkan cintamu yang masih kau sembunyi sendiri

Biar orang orang tak mahu mengerti
Dihatiku cukup engkau yang sudi fahami
Seganku tiap kali berdiri
Menghadapmu yang masih takku kenali
Apa cintamu padaku masih kau mahu sembunyi
Tiap kekerasan tak mampu menawan rasa benci
Maka bagiku sebenarnya aku yang paling kausayangi
Dan kisahnya memang begini
Cinta memang gemar menguji

Sampai nanti bila aku sudah mati
Semoga kau sempat membalas rasa hati
Yang selama ini diam bersembunyi
Semoga aku antara yang kau kasihi
Biar nanti..
Biar semua tetangga tahu
Tiada beza mereka dari aku
Kerana aku memilikimu
Bersama cintamu

Thursday 3 January 2013

Sampai bila bila

Saya jatuh hati pada lukisan yang cantik
Yang ada ukiran yang saya suka
Ada warna kegemaran saya
Dia nampak sempurna
Saya pun ambik, saya simpan
Tapi saya tak reti jaga
Saya tak tau nak raikan dia macam mana
Saya gantung dekat tempat saya selalu pandang
Sebab dia buat saya tenang bila pandang
Tapi saya gantung terlalu tinggi
Kadang kadang habuk buat dia berdebu
Mungkin dia pun tak suka keadaan tu
Tapi sebab terlalu tinggi saya tak dapat nak bersihkan selalu
Sebab tak sampai..saya bukan tinggi lampai
Bukan lukisan je..semua benda pun sama
Saya suka, saya nak, bila ada, saya pulak tak tau macam mana nak jaga
Bila terlalu sayang, kadang kadang calar sikit dah rasa terkilan
Tapi kan cuma terkilan
Sayang tetap sayang
Sampai nanti habis calar balar dari depan sampai belakang, atas sampai bawah
Pun saya simpan sebab sangat sayang
Walaupun tak reti jaga..tapi saya yang pilih untuk jaga dia
Jadi saya akan jaga sampai bila bila
Macam tu juga dengan rasa yang dalam hati saya
=)
Hari yang ceria --> biar sampai bila bila

Sunday 30 December 2012

tiada

Kirinya cedera, kanannya luka
Masih diredah semak berduri
Kirinya dia, kananpun dia
Masihku buntu apa dicari

Aku anak kurang berjaya
Selalu resahkan ayah dan ibu
Tiada milikku atas dunia
Mengapa perhatian yang aku buru

Kurawat luka kubasuh darah
Kubalut anduh lukanya parah
Kusangka anduhku kan mampu memapah
Rupanya lukamu semakin berdarah

Dari jinak bermanja manja
Baik buas kubuat bela
Dari aku menjadikannya leka
Baik aku mengundurkan rasa

Cuma biasa

Aku bukan sang maharupa
Aku cuma mahu jadi yang biasa
Yang dipandang tak hina diacuh tak sengaja

Aku bukanlah seorang rupawan
Aku layaknya sebiasa perempuan
Yang dikenal akrab, disayang teman
Yang tak diajuk ucapan, tak diperguna tanpa perasaan

Aku memang gadis biasa
Tinggal di kota
Tak reti apa apa
Ikut wasangka untuk matangkan rasa
Selalu memburuk apa dijangka
Agar aku takut, tak selalu rasa selesa

Aku cuma gadis biasa
Bukan idamanmu apatah lagi mereka
Yang tak berilmu setinggi yang kau sangka
Yang tak cantik apalagi jelita rupa
Masa laluku juga biasa biasa
Mungkin masa depanku kau juga boleh jangka

Aku seorang biasa
Yang tak mampu menawan rasa


Thursday 27 December 2012

Patah sayap


Aku ibarat burung yang terbang
Bergantung sayap di kepak nan dua
Apa diharap barang yang hilang
Rasa dah pergi serbuk pun tak ada

Suatu hari sayapku patah
Hampir sebulan kusembunyi diri
Suatu hari hatiku susah
Perisa apapun aku tak sudi

Takdir Tuhan aku dirawat
Oleh manusia yang budinya tinggi
Ibarat awan berjalan tersesat
Masihku yakin ukirannya seni

Nikmat Tuhan aku dah sihat
Sayap tak ada tapi senang dihati
Kerana ini hari Jumaat
Esok esoklah aku bersedih

Sunday 16 December 2012

Puji Ilahi


Janggut sikit misai tak ada
Rupanya persis idaman hati
Sausai dapat apa diminta
Jangan lupa puji Ilahi

sangka baik, jauhi iri


Adapula jarumnya kasih benangnya sayang
Dan mungkin manikam tak mengenal jauhari
Bersangkalah baik, perasaanmu kan tenang
Serulah kepercayaan..dan jauhi iri

ajaib & cinta


Sebalik 7 keajaiban dunia
Sebenar ajaib angka 7 kesukaan DIA
Sebalik cinta yang ditakrif manusia
Sebenarnya ia sebuah precursor..menuntun kita kpd yg dicinta

Friday 14 December 2012

Aib


Maka aib orang bila terbuka biar rahsia
Harapnya pulang aib kita terjaga juga
Dan bila aib ditunjuk langsung dari Yang Esa
Mungkin sebuah peringatan untuk pelaku dan teman2nya

Semoga terpelihara ukhuwah yang ada
Sesungguhnya Allah lah yang paling layak menghukum hamba hambaNYA

Allah Maha Pemakbul doa


Sesungguhnya kupercaya
Allah Maha Pemakbul doa
Yang kan menuntunku kejalan yang benar
Jalan yang dituntunNya mereka yang diberi nikmat
Bukan jalan yang dimurka,bukan jalan yang sesat
Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat
Yang aku berulang minta dengan penuh berharap
Mustahil nian DIA abaikan
Sesungguhnya aku yang sering berbuat silap
Yang mengabur doa mungkin cuma sebuah kelekaan
Kelekaan dari bersangka baik dengan Tuhan

Budi bahasa budaya kita

Budi bahasa pemayung bangsa
Dan mereka lebih cemburukan kita
Kita kan tinggi dek pusaka budaya
Ada agama, ada adatnya
Ada cara hidup yang sepatutnya

Harapnya lepa tak membaratkan cara
Harap kan berpijak dibumi yang nyata
Ayuh condong ke timur semula
Semoga tanah air kan lebih dicinta
Supaya merdeka lebih nampak pada gayanya
Bukan semakin lama semakin dijajah pengaruh luar
Kita kan ada identiti sendiri juga

Thursday 13 December 2012

=)

Dari Kajang ke Johor Bharu
Niat hati nak mengejar cita
Jika dah merah terlihat biru
Bagaimana kaca dapat kubeza

Dari rumah terasa mahu
Bila keluar tak kisah pula
Dari asyik menanggung keliru
Baik waswas kuketepi saja

Tuesday 11 December 2012

Tiada

Maunya kawin, ubatnya sabar
Takutkan lama kan menyusah hati
Dimanalah sebenarnya abang belajar
Pandai mencari isyarat hati

Harapkan bunga kan bercabang cabang
Kubaja kugembur, air sebaldi
Harapkan cinta dari cik abang
Sampaikan tidurpun kutermimpi mimpi

Uraikan tampi bawa ke kali
Masuk periuk kutanak bubur
Bolehkah nanti berkhabar lagi
Buat sekarang adik nak tidur

I wish

I wish I had gone
To the ways that I've chosed so long

I wish u have born
With all the things that I would belong

Tuesday 4 December 2012

Kalaupun

Kalaupun dunia berjuta warnanya
bila malam...perasaan tetap merasa suram

Kalaupun dunia ketiga nisbah air semuanya
Bila kemarau...tetap saja rasa dahaga
Berkeringat dari kepala
Berbekas bahang dikulit muka

Dan kalaupun sejuta wanita menisbah seorang jejaka
Tetap dunia tak terasa adilnya
Seorang pemuda menanggung semuanya
Termasuk pahala dosa
Termasuk biaya belanja

Kalau cinta ibarat kolah dan rindu ibarat airnya
Kalaupun penuh sekolah jernihnya sentiasa terjaga
Tetap cinta terasa bahaya
Bila percaya tak mampu kusua
Bila hatiku tak menemukan hatinya

Kalaupun aku pendamping dia menemu bahagia
Tetap gerun setia di dada
Apa mungkin selamanya
Apa mungkin sampai syurga

Sunday 2 December 2012

Kaku


Hanyutku dalam kalammu
Terlemas disitu kemudian kumembeku
Bagai suhu yang mengeraskan rasaku
Kuterdiam disitu..bersama kesimaku..memangukan keliru

Bagai terjerat di perkuburan rindu
Awasku pun serasa tak mampu menaruh utuhku
Kudratku disitu tapi berganjak tak mau
Tergadai usiaku
Dan dewasaku disitu

Sampai bila kau mahu kudisitu
Sila hangati aku
Biar aku berhenti membeku
Dan menghiburkanmu seinginku
Aku ingin hidup bersamamu
Disitu
Tapi bukan sebagai jasad yang kaku

Keyla^^


Dicintai sekalian awan
Setahunku merasakan semanis manis kebahagiaan
Sepurnamapun tak sempat tuk membayangkan kegusaran
Segala galanya membawa ketenangan
Setiap nafasku terasa bersungguhan
Membawaku ke alam yang cuma ada keindahan
Tanpa persengketaan
Tanpa tangisan

Namun angin tak selamanya keseorangan
Bila awan menghembuskan kemarahan
Sekali sekala angin diiring rintikan hujan
Tapi hujan..
Meski angin menghembuskannya kearah bertentangan
Untuk manusia didunia tak terlalu berasa hairan
Hairankan angin yang biasanya bersendirian kini diteman hujan
Hujankan tetap membasahi mereka yang masih kedinginan
Yang masih nyaman diulit ketenangan
Yang masih enggan mendung awan diakhiri derai hujan

Tapi kerana bernafaspun ada aturannya
Maka fitrah alam kuakurkan saja
Semoga benar kata orang orang tua
Yang bahawasanya hidup ini umpama roda
Yang tak selamanya kita diposisi kutub yang sama
Semoga suatu saat aku kan lebih redha
Kembali melihat bahagia
Dan kan tabah menempuh hiba
Semoga rela
Aku kan sudah dewasa

Monday 26 November 2012

Secair air


Ramai orang nak genggam ais
Tapi ais kelamaan mencair
Menjadi jasad yang mengalir ngalir
Tapi biar cuma sekadar air
They said it's okay
Nak minum juga masih boleh

Soalnya siapa yang berani terus menggenggam air
Baru pegang sudah berpeleser
Sudah sejam eh hilang diserap angin

Hakikatnya mereka dari tubuh yang sama
Cuma berlainan jelmaan rupa
Puncanya kan cuma cuaca
Yang menguji ketahanan kimia mereka

Ada orang gemar yang akhir
Tak menghirau hakikat saat terlahir
Ada pula suka menyindir
Menyebut menbanding perubahan zahir
Wahai tuan aku bukan sang pelawan takdir
Kadang tak mampu nak seanggun dulu
Tapi manusia kan tak bersifat jitu
Aku terima hakikat itu
Perubahan sentiasa mengajarkan sesuatu
Yang dihantar Tuhan pasti untuk kebaikanku

Friday 23 November 2012

Dia

Dia yang meliputi hatiku
Runtuhkan dinding sepiku
Membuatku lemas saatku rindu

Dia adalah bunga tidurku
Hiasan ruang jiwaku
Membuatku terganggu tapi kutunggu

Dia bukan sekadar hayalan
Dia di hujung impian
Yang akan segera aku nyatakan

Percaya

Tak terlihat dimata
Maka dia seperti tiada
Yang keliru cuba memuas rasa
Diambil paku dipahat udara
Agar angin dipercaya disana
Dia cuma beri tanda
Niatnya mahu orang orang melihatnya
Bahawa angin sememangnya ada

Walau tak difahami kebanyakannya
Dia seperti rasa yang didada
Kadang orang orang beri tanda
Kadang begitupun tiada yang memahaminya
Kadang sampai terbuah kecewa
Kadang ia terlalu rahsia
Dan mengundurkan rasa
Tanpa kata
Sampai rasanya kembali dipercaya

Kenapa sementara


Kerana apa kontang dimuara
Hulunya dalam sepertiga dunia
Bukanlah laut bukanlah telaga
Kenapa kau gerunkan pengakhiran cerita
Kan dulu semangatmu beriya

Tergantung pada niatmu semuanya
Jalannya berjuta..yang tinggal cuma usaha

Thursday 22 November 2012

Ibu


Kadang hati meragukan rasa
Saat bibir terusan bersuara
Kadang hati merindukan bonda
Saat masih berjauhan dengannya

Kusapa rindu kuseru bayu
Kukhabar lesu hariku buntu
Niatku bayu kan terbangkan resahku
Membawa ibu kepangkuan tenangku

Tujuh angin berhembus seiring
Laju berdesing tak mahu berpaling
Tujuh malamku bertemankan runsing
Menginginkan ibu..saat masih ditempat asing

Kaulah jiwa kaulah cinta
Bersemadi darahmu kubawa bersama
Padamu Tuhan kuharapkan sejahtera
Peliharalah ibuku..sampai aku ke sana

Sunday 11 November 2012

Wanita

Pencinta kata
Dia menuliskan sabda Pencipta
DiHadith Qudsi berkata kata
Perihal terciptanya wanita didunia
DIA mencipta mereka
Dan DIA mengetahui segala galanya

Ketika wanita itu tercipta
Mereka adalah istimewa
Bahu yang kuat menopang dunia
Cukup lembut tuk menyamankan rasa

Wanita yang DIA ciptakan
Punya kekuatan untuk mampu melahirkan
Dan bisa selamanya bertahan..
..andai sentiasa menerima penolakan
Dari zuriat yang mereka lahirkan
Dalam jiwa Allah tiupkan kekerasan
Agar yang lemah tak bakal menjadi ikutan
Malah kan sentiasa bertahan
Biarpun mengasuh keluarga dengan penderitaan
Walaupun keluhan hanya bisa ditahan
Walaupun lelah tak mungkin berkesudahan
Mencintai zuriat dalam setiap cebis keadaan
Walau pulangannya hanya naluri yang sudi perasan..
..bahawa ianya adalah sesuatu yang amat menyakitkan

Wanita bak kata Ilahi
Kekuatan padanya bisa mendukung suami
Dalam kegagalan..dalam seburuk buruk situasi
Dia kan tetap disisi..setia sudi melengkapi
Agar yang dikasihi hatinya terasa dilindungi
Dan bila keadaan seakan menguji
Dia kan tetap sudi disini..sentiasa disisi..setia menemani
Tanpa ragu pada insan yang dicintai
Kasihnya abadi..pada pemilik rusuk sebelah kiri

Juga bersamanya dititip airmata
Yang khusus miliknya
Untuk dititiskan seperlu dia

Dan padanya ada kecantikan
Yang bukan tercorak pada helaian pakaian
Bukan dari penampilan yang disertai kepalsuan
Juga bukan dari hiasan yang diperagakan

Tetapi kecantikan yang sebenar padanya
Harus dilihat dari matanya
Kerana disitu ada pintunya
Tempat dimana cinta itu ada
Itulah kecantikan teristimewa padanya

cinta itu sebenarnya..


Cinta itu tidak terlimit hanya dengan hubungan lelaki perempuan
Tetapi turut mencakupi hubungan manusia dengan Tuhan
Cinta itu bukan perasaan liar tanpa kawalan
Tetapi di dalam cinta wujud peraturan

Dia gembira dengan cinta
Dan merasa senang dengannya
Maka dia menyayangi cinta
Dan dia menjaganya
Kerana cinta menurutnya
Ingin bersama menempuh syurga
Ingin dia bahagia selama lamanya

Tetapi bila benak mempesoal hati
Apakah bahagia yang tertinggi
Apakah kesenangan yang hakiki
Maka muhasabah cinta bermula disini

Lalu dia mempertingkat diri
Agar ilmunya kuat tuk membela diri
Dan orang orang yang dicintai
Biar mereka selamanya menuju Ilahi
Biar cinta itu terdefinisi seperti yang azali
Cinta yang hakiki
Cinta yang menuju Ilahi
Kerana cinta yang mengidami syurga
Haruslah mencintai Empunya syurga dan juga cinta

Sebab itu cinta ini menyenangkan
Tiada kenegatifan
Cuma yang menyenangkan
Jika diganggu pancaroba
Penawar sentiasa ada
Jika rasa kecewa
Kejelasan niat sentiasa menyelamatkan jiwa

Cinta ini melapangkan
Cinta ini memberikan kekuatan
Cinta ini memberikan kesedaran
Cinta ini melahirkan sayang, sayang yang menenteramkan
Sebab itu cinta ini menyenangkan

Ingin bersama Ibu Bapa di Syurga
Ingin bersama isteri dan anak-anak di Syurga
Ingin bersama sahabat-sahabat di syurga
Ingin bersama guru-guru di Syurga
Ingin dapat bertemu Rasulullah dan para sahabat radhiallahu’anhum ajma’in di syurga
Ingin dapat bersama Allah di sana

Bukankah menyedihkan
Hidup selama-lamanya tanpa itu semua?
Bahkan dalam derita?

Friday 2 November 2012

Wahai malam..siang dan kekasih

Wahai malam yang dah lama disini
Mahukah kau singgah lagi esok hari..
Hitam bumi sudah nak menyapa pagi
Harapnya nanti kita bertemu lagi^^

Wahai siang yang dah lama menyepi
Kehadiranmu tak sekadar menerangi hari
Segala isi bumi..bersama sekalian janji..
Turut menanti nanti..bila lagi munculnya sang mentari
Agar bintang malam terasa berpengganti
Agar cahaya bulan tak terlalu dirindui

Wahai kekasihku yang setia dihati
Walau malam dan siang hadirnya berganti
Walau bulan dan mentari bergiliran membintangi
Walau sekalian yang ada pun tak mampu setia disini
Kau kan tetap bersendiri 
Tiada yang mengganti..tiada yang menyusuli
Dalam hatiku hanya kamu yang tertanam abadi
Maka kau selalu disini...walau sampai pagi
Dan sampai waktu waktu selepas mentari pergi
Dan selepas bintang kelihatan kembali
Bahkan selepas hujan melukiskan pelangi
Sayangku yang aku kasihi..
Mahukah kau selamanya disini..?

Monday 29 October 2012

Semoga maklumkannya


Kulukis wajah langit
Yang tergambar cuma wajah sakit
Tiap warna yang cuba kucalit
Satupun tak ada yang terlihat cantik

Kubaca sabda jiwa
Yang kumengerti cuma rasanya
Tanpa kutahu akan maknanya
Makaku kurang tahu sebabnya kenapa
Datangnya untuk apa
Dan sepatutnya bagaimana
Dan semoga yang lebih tahu sudi memaklumkannya

Sunday 28 October 2012

Manusia tak lari dari kesilapan

Sesungguhnya menipu itu menyakitkan
Ibarat awan yang kedahagaan
Menghirup serakah segala lautan
Tapi bila hujan asyik diramalkan
Setitik pun tak mahu si awan rintikkan
Walau setelah beribut bertaufan
Walau yang dijanji sendiri yang beri harapan

Kan manusia tak setanding awan
Mungkin esok janjinya ditunaikan
Bersabarlah dalam menjalani kehidupan
Manusia kan tak mampu lari dari kesilapan

=)

Sunday 21 October 2012

Duhai Pemilik hati

Duhai yang telah kehilangan hatinya
Hatimu di sini sejahtera dan baik baik saja
Aku tak larikannya kemana mana
Aku cuma simpan ditempat yang paling istimewa
Bersama pasangannya
Yang penuh dengan cinta
Yang kujaga dengan sempurna
Semoga kau tahu mereka bahagia bersama

Wahai hatinya yang telah dicuri
Bilaku menyepi atau yang kaurasakan ku berjauh hati
Itu kerana malam yang terlalu payah untuk bertoleransi
Ingatanku juga senyata sudah berjaya dimonopoli
Setiap saat cuma kelibatmu yang kucari cari
Cuma suaramu yang kurindui separuh mati
Meski hatimu telah selamat aku sembunyi..
Di ceruk paling dalam di lubuk dasar hati ini
Akan kujaga dengan berhati hati..
Agar ia tak berusaha untuk cuba keluar kembali

Jika mencintaiku membuatmu kegundahan
Mencintaiku membuatmu keresahan
Dan mencintaiku membuat malammu penuh dengan kerinduan
Sungguh benarlah seperti apa yang aku rasakan
Maka rasa kita berbalasan
Cinta kita bertautan

Duhai pemilik hati..
Akan kukembalikan apa yang aku curi
Dengan menjadi milikmu sebagai ganti

Saturday 20 October 2012

Semoga

Semoga aku tidur lena
Nanti bila mimpi bersua
Akanku ilhamkan dirimu untuk puisi yang seterusnya
Akanku nyanyikan baitnya terus keraga jiwa
Maka kau tak perlu dengar..cuma perlu nikmatinya
Agar dirimu lekas sabar...dan percaya akukan setia
Mencintaimu apa adanya
Sampai saat tidurku terjaga
Dan saat saat selepasnya

Semoga kau bernafas dengan sempurna
Tenangkan jalanmu mengikut qadarNya
Dan sentiasa mendoakan kesejahteraan cinta
Aku disini baik baik saja
Wang tak pernah menjadi pengukur cinta
Namunku mengerti niatmu dibelakangnya
Kau idamkan keluarga yang dibina berdua..
..yang terhasil dari biaya yang kau usaha
Semoga selamat sampai ke akhirnya
Jalan Allah memang tersedia buat yang sepatutnya
Percaya pada cinta Yang Esa
Kerana cinta tak datang selain dari DIA
Maka penghujungnya juga ditentukan olehNya

Semoga mekar selamanya
Cinta yang di hati kita
Disini juga disana
Membahagiakan rasa
Sampai bila bila

Friday 19 October 2012

Dimana sebenarnya

Dimana aku sebenarnya
Hujan yang menitis bagai pertama kali aku melihatnya
Perasaanku menguja nguja menyentuh hujan yang diluar sana
Dan bilaku basah..aku merasa cukup bahagia

Dimana aku sebenarnya
Sesedar lena aku kagum akan panorama dunia
Kamarku sendiri seakan dibawa dari istana
Kerabatku juga seperti penghuni penghuni syurga
Perhiasanku juga bukan seperti yang pernah kujumpa

Aku dimana sebenarnya
Kenapa segalanya terasa bagai terlalu sempurna
Dimana aku sebenarnya..
..setelah aku dilamun cinta

Thursday 18 October 2012

Kalau...


Kalau gunung pohon tak ada
Penghuni haiwan nanti dibanci sama
Populasi nusantara berbagi dua
Menghitung haiwan dan juga manusia

Kalau laut airnya tak ada
Mungkin manusia tak terus meneroka
Jangankan gali…timbus..dan timba
Memancing pun tak mungkin bakal ada
Hidupan laut merebutkan udara
Manusia menghitungkan darjat mereka
Pasti akan ada penghinaan diantaranya
Dan mungkin ikan buaya sebaliknya menjuadahi manusia

Tuesday 16 October 2012

=)

Seharusnya aku..
Memetik dengan penuh berhati hati
Seharusnya aku..
Melangkah dengan lebih berhati hati

Seharusnya aku..
Mengeluarkan kata kata yang lebih lembut bahasanya
Agar jiwa yang melihat..lebih tersentuh tenangnya
Agar jiwa yang mendengar..lebih halus bahasanya
Dan agar insan yang punya hati..lebih tinggi rasa hormatnya

[aidilsyukri]

Seharusnya aku..
Sudah mati dihanyut rasa..
Yang terlalu aneh membebani jiwa
Penuh menyesak menyempitkan dada

Sunday 14 October 2012

=)

Adakah ini cinta
Setiap malam terbayang wajahmu

Adakah ini cinta
Setiap malam aku merindu suaramu

Adakah ini cinta
Setiap hari aku merasakan dekat denganmu

Dan adakah ini cinta
Jika aku ingin bersamamu

[aidilsyukri]

Rasa cinta

Rasa cinta itu..
..yang tak boleh dibaca naluriku
Setiap denyut nadi mengadu
Setiap detik ingin merindu

Rasa cinta itu..
Rasa yang gemar menipu
Sesaat kalbu terasa buntu..
..saat selepasnya aku bahagia
Sesaat terasa sangat keliru..
..saat selepasnya semuanya jelas dan terasa nyata

Rasa cinta itu..
..rasa yang luar biasa
Dengannya duduk tak cuma bersila
Dengannya duduk tak senang tanpa dia

=)

Cinta..
Ia bagai taman bunga
Penuh dengan warna warni
Disirami bau semerbak wangi
Ia ibarat pohon, yang semakin hari semakin menjalar
(macam kenal ayatnya)
Begitulah cintaku
Huhu

[aidilsyukri]

=)

Cintaku dan cintamu
Rinduku dan rindumu
Sayangku dan sayangmu
Jika kita masing masing memendam rasa
Jika kita masing masing sudah ketidaktentuan
Ayuhlah kita  menuju gerbang yang penuh indah
Tapi diberati amanah
Disana kita dipikul beban
Yang akan diadili hari penghabisan
Marilah kita
Mendirikan masjid agar cinta kita bersemi hingga ke syurga

[aidilsyukri]

Thursday 11 October 2012

Tak ada apa2 pun sebenarnya

Dibimbitnya buku..didengarnya lagu
Membetulkan misai kemudian menyisir janggut
Jika awan dan langit..jaraknya berbatu
Bila guruh..pada siapa bumi nak berpaut

Mengundur langkah..tak nampak arah
Bukupun jatuh..mp3 pun pecah..
Memilih parang tajam tak kisah
Asalkan tuannya sudi mengasah

Bukannya tinggi bermaksud aku jauhi
Jauh ke dasarpun sudi kugali
Takkan niat nak berjauh hati
Bila yang jadi semua salahku sendiri

Asal rupa bayangnya tak ada
Terus menjelma setelah tersua
Jangan dihirau apa yang kusenda
Aku cuma bergurau..tak ada apa apa pun sebenarnya

Wednesday 10 October 2012

Untuk apa...


Untuk apa..punya kaki tapi tak kemana
Melilau mencari arah..tapi jejak selangkahpun payah

Untuk apa punya mata
Tapi tak pernah memerhati keagungan ciptaanNya...

Untuk apa punya roh di jasad badan
Jika tak pernah tunduk kehambaan
Pada Allah yg menciptakan...

Untuk apa..sudah berkulit berduri segala
Ada daun melindungkan buah..hakikatnya kan tetap juga buah dimamah

Untuk apa pula..kepada hati dikurnia cinta
Merangkak mendekati fitrah...supaya manusia mengenal Allah



Kenapa

Kenapa payung sukakan hujan..
Agar manusia memberinya perhatian
Kenapa hati sukakan teman..
Agar tak keseorangan
Kerana hati tak mahu kesyunyian

Sebenar Cinta

Dia sebenarnya mendengar apa yang tak diperkatakan
Dia mengerti apa yang tak dijelaskan
Dia menghidu apa yang tak dinafaskan
Kerana dia luar biasa
Kerana dia cinta
Yang tak datang lewat telinga
Lewat lidah atau lewat apa apa
Dia datang dari dalam jiwa
Yang ikhlas menikmati sebenar rasa cinta

Monday 8 October 2012

Jawapnya apa.........


Aku sesekali bertanya,
Kalau nyawa tanpa cinta..
..bagaimana jiwa nak jumpa kekasihnya

Jawab dia;
“Pinta saja pada Allah Maha Pemberi cinta”

Kalaupun cinta sudah ada..
Siapa deria nak kesan wujud cinta
Cinta kan terahsia dari hijab mata..
Tersembunyi aroma dan suaranya..

Dia diam tak tau kenapa
Mungkin dia masih mencari jawapannya

>,<

Tuesday 2 October 2012

Seperti Itu Cinta

Cinta seperti ujian
Menghadapinya serumit menggubah perhiasan
Yang perlu kubelanja sepenuh perhatian
Agar nanti yang terhasil biar layak untuk dijualkan

Cinta seperti serpihan nyanyian
Yang perlu kuatur baitnya perlahan lahan
Agar nanti lagu yang terhasilkan
Tak tertinggal rangkapnya dipengakhiran
Aku cuma mahu mengerti apa yang cuba dia sampaikan

Dan cinta juga seperti udara
Yang tak habis dihirup manusia
Yang hidupnya bersahaja
Tak bergantung pada siapa siapa
Mekar subur di dalam jiwa
Sampai akhir luputnya nyawa
Mungkin di mahu kekal disana
Selamanya

Monday 1 October 2012

Lebih Baik Gugur


Dari jatuh..lebih baik gugur..
Diterbang angin
Bukan kerana tersungkur
Biar sedar tak mahu akur
Jangan leka sampai saatnya uzur
Nanti setiap yang bersiur
Bukan aku yang hampa
Tapi dia yang kecewa

Salah tu biar mereka siar
Nanti mati sekurangnya rahsia tak ada
Bila embun kembali keudara
Rasa yang mati turut ikut ke sana
Aneh hidup tanpa suara
Maka yang pergi dibiar saja
Agar yang tinggal yang penting penting saja
Baru senang nafas nak hirup udara

Perlahan turunnya renyai
Deras jatuhnya berderai
Air mata yang jatuh berjurai
Cuma pipi yang sanggup membelai
Sampai gugur kertas kertas dibirai
Selaju deras pantai..bila harapan dicerai cerai

Ya Akhi

Ya Akhi
Cinta tak wujud hanya di bumi
Cinta yang disini
Cuma cinta yang hangat memeluk tradisi
Jurangnya ketat pada sebelah sebelah sisi
Tapi harapannya selalu merentasi segenap fakulti hakiki

Ditunggu dipuja
Dirindu dimanja
Walau bibir tak pernah cuba berbicara
Cintakan selalu bersuara..dalam rindu milik sang pemujanya

Cinta dambaan belia
Cinta seperti Uda  dan juga Dara
Cinta Arjuna kepada Juwitanya
Cinta seindah Cinta bersama Pujangganya
Kasihan Adam dan cintanya Hawa

Dan cinta semakin akur pada edaran masa
Seiring pesatnya teknologi sawang sawang media
Cinta semakin lali pada karat yang menerpa
Cinta terlalu ambil mudah untuk sedar karat ditubuhnya
Karatnya ibarat besi yang terlalu tua
Yang sekilas lalu nampaknya sekadar buangan yang tak berguna
Tapi setelah diberitahu baru perasan itu besi yang masih diperlu akan kewujudannya

Friday 28 September 2012

Wahai Bintang

Langit selalu mengejar aku
Walau yang berlari cuma angan anganku
Walau yang dia kejar semakin lelah menjatuh
Wahai angan...terbanglah lebih jauh..
Biar langit menganggapku angkuh

Tak pernah kususuli yang belum terada
Cuma yang aku ingin rasa
Cuma yang siap tersedia didepan mata
Aku cuma mahu menikmati semua yang pernah tercipta
Agar aku tahu...aku manusia

Langkahku semakin menemui jalan mati
Tapi bayanganku tak pernah mahu berhenti
Tiap yang terdorong kekanan mahupun kekiri
Maafkan aku...itu bukan dari hati
Itu mungkin ilham dari Ilahi

Dan bila tersisa segala rasa cinta
Hanya sisa yang benar benar cuma sisa
Akupun tak pernah angankan kenyataannya
Anggaplah sisa itu memang aku punya
Yang cuma sudi diterima oleh sang empunyanya

Wahai bintang yang di atas syurga
Dan seluruh alam yang ada di sana
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata
Pinjamkanlah aku gemerlap yang menggembira
Buat sementara

Thursday 27 September 2012

Jumaat^^


Sambutlah dengan sepenuh bahagia
Kenapa harus biasa biasa saja

Datangnya kan cuma empat kali sepurnama
Dipenghujung masa kebanyakan orang bekerja
Bermula fajar yang menjengukkan rupa
Pabila malam beransur cerah pemandangannya
Pada subuh yang meningkat usia
Kala azan menggema gema

Nanti mentari menyinsing lengannya pula
Tegak berdiri di atas kepala
Waktu itu harusnya kau berharu mengadap Yang Esa
Meninggalkan hawa bersama anak dan saudara
Biar perniagaan digendala buat sementara
Allah kan yang mengurus kedua dunia dan hari muka
Yang diaturNYA pasti bersama sejuta rasia
Kerana DIA penghulu hari menjadi istimewa
Maka keranaNya jugalah segala yang ditinggalkan nescaya terpelihara
Dengan izinNYA...

Jumaat seharusnya lebih istimewa
Bila kita berniat meraikannya
Membiar masjid dikerumuni sang manusia
Dan mengamal sunnah tinggalan pesuruhNYA

Tuesday 25 September 2012

Selamat Cinta

Belum sempurna jilid pertama
Untuk puisi yang baru kenal bahasa
Untuk pena yang baru terbuka penutupnya
Dan untuk rasa yang baru dicerna jiwa

Serasaku masih belum lengkap mukadimahnya
Ayat pertama masih terngiang ngiang didalam kepala
Emosi cinta bagai baru semalam ia bermula
Cemburu sang alampun bagai baru saja bersuara
Mengenepikanku dari suasana
Membiar aku sendirian dalam alam cinta

Belum cukup bagiku jalan ceritanya
Untuk cerita rangkaan kita difahami oleh yang lainnya

Selagi aku belum kau punya
Selagi hujan masih jadi perantara
Selagi cinta masih terbatas hanya dijiwa
Rangkap ini masih belum layak jadi penutupnya
Biar kisah kita sampai bila bila
Walau hakikatnya nanti jalannya tergendala
Biar ia selamanya..oleh bahasa yang mampu menyatukan jiwa
Menyemai cinta..dari keduanya

Dan bersama selamanya..sampai habis usia
Kan cinta itu sebenarnya berkeluarga
Rindu dan kasih...manja dan bahagia
Semoga pernikahan mampu jadi penutup cerita
Dan membenar lembaran baru dimula semula
Sebagai naskah keluarga bahagia
Yang bakal dibina berdua

Semoga selamat padamu cinta
Disini juga disana
Hakikatnya kan sama saja
Cinta..rasanya serupa

Semoga tersua izin Yang Esa
Untuk menjalani langkah seterusnya

Aku kan Perempuan

Sesungguhnya bahagia
itu milik semua

Milik yang ceria
Milik yang berduka
Milik yang pertama
Juga milik yang ke berapa berapa

Jangan kecewa jadi penghasut lara
Yang memanggil manggil amarah kala jiwa tak gembira
Kalaupun sukar menerima fitrah jiwa
Jangan torehkan luka dengan bilah yang lainnya
Jiwa kan halus tak berpenjaga
Kurus tak berangka

Kerana daun kering dipandang ringan
Maka bila berterbangan dibiar menghias pandangan
Sikit tak kuanggap suatu pencemaran

Tapi bila angin kencang berhembusan
Daun daun kering kelihatan sungguh menyakitkan
Mengungkit apa sebelumnya mereka cemarkan
Lalu tersepah segala yang dirahsiakan
Menangislah hati sepenuh rasa terkilan

Bukan pilihan untuk disimpan simpan
Kaca yang sebutir aku pun tak berniat untuk serak serakkan
Cuma bila akhirnya kaca berjaya melukakan
Siapa aku yang terlalu kuat untuk bertahan
Aku kan perempuan

Sunday 23 September 2012

Namanya apa

Aku tak tau namanya apa..
Setelah diterbang angin..jasadku sesat entah dimana
Ditunggu sang suara..lalu kukesana bertemu tah siapa

Aku juga tak tau namanya apa..
Cendera kalbu atau pembiaya jiwa
Datang datang memangilku manja
Apa dia buta apa dia kabur warna
Aku kan bukan manja..

Akukah yang umpama bunga
Yang mekar ditaman taman bunga
Yang dihiasi hiasan hiasan bunga
Yang harum baunya

Aku masih tak tau namanya apa..
Setelah berakar berbunga
Lalu aku dikatanya sahabat bidadari dunia
Dalam bulan rahsia kumenyembunyikan rasa
Sebelum puisiku bertemu puisi tulisannya
Yang mengirim bintang cinta
Buat menyemi rasa bahagia
Dalam lubuk paling dalam didasar jiwa

Namanya apa.......
Sesampai terkirim warkah cinta berbau syurga

Sisudikah dia
Sang hutankah dia
Sampaikan hati terbuka
Dan malam terasa terlalu bercahaya

Namanya apa...
Ada apa dengan dia...
Kenapa kudigelar guru cinta...
Apakah dia gerangan pujangga jiwa ?

Tak mungkin bidadari layak jadi guru cinta
Kalau perasaannya tak mampu dibaca sang pujangga diseberang sana


Thursday 20 September 2012

Bahas Cinta

Jika dunia tanpa warna, suramlah dunia
Jika dunia tanpa air, kering kontanglah jawabnya
Jika lelaki tanpa wanita, muramlah kehidupan
Jika cinta tanpa rindu, cepat retaknya
Maka jika engkau isteriku..akan kuhargai sepenuh hatiku

        Tapi jika nyawa tanpa cinta..
        Bagaimana hati nak jumpa kekasihnya?

Pintalah kepada Allah yang Maha Pemberi Cinta^^

        Kalaupun cinta sudah ada..
        Siapa deria nak kesan wujud cinta?
        Cinta kan terahsia dari hijab mata..
        Tersembunyi aroma dan suaranya..

-Dia tidur agaknya-

Beban..ujian..


Jiwa yang kacir sudah terusir
Kaca tumpulpun telah tajam diasah pasir
Kerana dia beban maka dia sukar berakhir
Maka biar dia ujian agar kita berjaya menawan takdir

Cinta


Cinta itu rahsia Yang Esa..
..yang DIA kurniakan buat seluruh hamba yang DIA cipta..

Yang tak semudah menghirup udara
Tapi perlu ada..dan memang sentiasa ada..

Ia tak semudah memilih siapa yang ingin kita cinta...
Kerana fitrah cinta, DIA yang merangka qadarnya..

Wednesday 19 September 2012

Tongkat Cinta

Perempuan ibarat orang buta
Dan cinta ibarat tongkatnya
Manakala jejaka adalah jalanan yang sedia ada

Si buta mahu melalui jalan didepan dia
Tapi takut bersimpang dari arah yang sebenarnya
Si buta menanti tongkat untuk membantunya
Setelah tongkat ditangan menggera..
..barukan jalan menemukan orang buta

Begitu peranan cinta pada manusia

Tuesday 18 September 2012

Sunyi ye~

Pabila sunyi berbicara
Malam yang dingin bagai tak terasa
Betapa kerinduanmu nian menyesak cinta
Kelibat yang kau hirau semuanya tak berupa manusia
Kala satu yang kau nanti nanti untuk bersua
Melengkapi suasana
Berdua sampai habis usia
Sehingga malampun tak berani bertukar warna

Malam berlabuh sunyi
Setiap malammu terasa sunyi
Tidak berteman dan tiada teman untuk kaumiliki
Bukan kerana tiada bahagianmu disini
Percayalah pada janji Allah yang pasti..
..akan ada bila sudah masanya nanti
Kirim salam pada hati^^

Katakan padanya usah endahkan cinta dibelakang kesibukan dunia
Usah ketepikan keinginan sehingga terluah rasa hiba
Bersabar itukan yang paling sukar disisi DIA

Cuma perlu sabar..
Semoga kisah cintamu antara yang paling benar
Sangat mekar
Dan takkan pernah pudar

Duhai rasa cinta
Siramilah hatinya dengan arjuna segala cinta
Hiasilah malam malamnya dengan kehadiran para emosi bahagia
Biar bersemi rindu dan cintanya..
..biar semarak warna api yang paling berbara
Agar malamnya tak mampu kenal sunyi oleh kelam yang dirasakan hiba

..kerana dia tak seperti yang lainnya..
Yang menggelojohi nikmat hakikat cinta
Dia cuma merindui bait cinta yang dirangka penciptanya

Wahai saudara..
Berilah salammu pada kelibat sang cinta..
..cuma bila kau sudah menikahi pemiliknya..

Kalimah Cinta

Sebenar kalimah cinta
Bersabdu dua diakhir bait ritmanya
Bersendu kala melafazkannya
Tersyahdu bila ditafsirkan ertinya
Dua kalimah yang termahal nilai cintanya
Seikhlas pengucapan..pulangannya syurga
Tak semudah diucapkan..jahili ia kan mengundang bencana

Apa ertinya kalimah nan dua..
..sebaik mengucapkan jiwamu kan bahagia

Syahadah pertama menyerah tauhid pada pencipta
Seada percaya..keyakinan meliputi rukun iman yang lainnya
Setelahnya pula syahadah kedua
Mengakui umat pada kekasih Yang Esa
Justeru meyakini rukun islam yang selebihnya
Yang dijadikan panduan syariat hidup di dunia
Sebelum bertemu janji Sang Pencipta..
..pabila waktunya sangkakala bersuara

Kerana dia yang pertama dalam rukun agama..
Seharusnya dialah unsur utama dalam nafas yang kita hembuskan di atas dunia..

Al-Quran

Selama mana ia terturun kedunia

Selama mana ia dijanji kan terpelihara sampai habis hayat nusantara
Selama mana kita mengenali hakikat terturunnya dia
Pernahkah kita kaji siapa dia disisi kita
Yang sebenarnya

Beransur terada selama 22 tahun, 22 hari dan 22 purnama
Pada Rasulullah segala lembaran dititip bersama amanah
Bekalan panduan segala umat..untuk menjalani hidup penuh bersyariah
13 tahun surat Makkiyah diturun di Mekah
Dan 10 tahun surat surat Madaniyah diturunkan ke Madinah

Kalam berharga yang selamanya terpelihara
Terlengkap sumber hukum Islam yang utama
Terdiri 30 juzuk, 666 ayat dalam 114 surat
113 basmalah kita lihat..bersirat rahsia sepenuh hidayat

Dengannya kita kenal fitrah agama
Dengannya kita merasa nikmat imanNya
Dengannya kita faham hukum yang Esa
Sampai hayat yang seterusnya..takkan Quran hilang dari mata
Janji Yang Esa..semata untuk memelihara hamba yang DIA cinta
Supaya tak tersimpang dari jalan yang sejahtera
Agar hambaNYA terhindar dari marabahaya

Qadar DIA sentiasa bersama sejuta rahsia
Tidak Al-Quran terlahir untuk dipandang semata mata
Isi yang menyirat puisi paling bermakna
Seharusnya kita mengerti..apa tujuan kita terlahir kedunia
Melalui dia

Al-Kitab, Al-Furqan, Ar-Rahmah, Al-Huda
Al-Haq, An-Nur, Ar-Ruh, Asy-Syifaa’
Berita gembira, Pemberi ingatan, Pengajaran dan Keterangan
Sungguh digelar-gelar pada empunya gerangan
Itulah kitab Al-Quran yang Nabi kita wasiatkan
Selawat dan salam atas baginda Rasulullah s.a.w; semoga sejahtera kami doakan

Wednesday 12 September 2012

Rentetan Penjajahan Malaysia


Sejarah lembaran penjajahan dikenang
1786 Francis Light mendarat di Pulau Pinang
Tanda Tanah Melayu dimasuki pendatang
British menjajah tersangatlah malang
Habis kekayaan Tanah Melayu dibawa pulang

Tanah Melayu dijajah seakan tidak bertuan lagaknya
1824 termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda
Melaka menjadi mangsa..Negeri Selat diberi nama
Bernaunglah dibawah jajahan mereka..bersama sama P.Pinang dan Singapura

1941 Jepun datang menjajah pula
Berbasikal meredah hutan belantara
British leka tidak menduga
Prince of Wales dan Repulse menjadi mangsa

Seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun akhirnya
Februari 1942 British mengundur dengan dukanya
Dipimpin Tsuji dan Yamashita
Jepun bermaharajalela di tanah kita
Slogan "Asia untuk orang Asia" menjadi propaganda

Rogol, pancung, seksa semacam perkara biasa
Mereka kejam tidak mengenal mangsa
Kebuluran dan wabak penyakit semakin berleluasa
Bahasa Nippon Go menjadikan rakyat terpinga-pinga

Kesedaran mula menghendak jiwa
Namun kemajuan masih ditakuk lama
Semangat nasionalisme mula membara
Parti politik ditubuh untuk bersama

Ekonomi Tanah Melayu lumpuh sepenuhnya
Wang daun pisang sudah tiada nilainya
Pentadbiran Jepun hampir ke penamatnya
Rakyat giat bekerjasama
Menghalau Jepun si durjana

15 Ogos 1945
Hari yang tidak dijangka-jangka
Amerika mengebom Nagasaki dan Hiroshima
Larilah Jepun ke negara asal mereka
Berakhirlah penjajahan Jepun  di negara kita

Sangkaku tenang bumi Melaya
Pabila Jepun mengangkat bendera
Namun 1945 British bertakhta
Rakyat terpukul lantas bersuara

1946 rencana pun bermula
Malayan Union, British mewarta
Rakyat membantah mula bersuara
Pejuangan UMNO pemula segala

Bangkit Dato’ Onn mengibar bendera
Tak rela Melaya dijajah semula
‘sapa hampa’ nak tunjuk ‘tera’
Kami bangsa mahu merdeka

Sangkakan tenang air di muara
Perjanjian Persekutuan lalu ditanda
1948 darurat menjelma
Rakyat tersiksa 12 tahun lamanya

"Hidup Melayu!" laungan bergema
Seorang anak bangun berbicara
Wahai ibu!, wahai bapa!
Bagaimana nasib kami semua, bila kalian sudah tiada?

Semangat Melayu berkobar gila
Akhirnya ‘merdeka’ dijulang bersama
1957, laungan Tunku bergema, Merdeka! Merdeka !
Disambut hadirin penuh makna, tanda kita sudah benar benar merdeka

p/s: delegated for special performance on AMU Merdeka Event^^