BannerFans.com

Thursday 27 December 2012

Patah sayap


Aku ibarat burung yang terbang
Bergantung sayap di kepak nan dua
Apa diharap barang yang hilang
Rasa dah pergi serbuk pun tak ada

Suatu hari sayapku patah
Hampir sebulan kusembunyi diri
Suatu hari hatiku susah
Perisa apapun aku tak sudi

Takdir Tuhan aku dirawat
Oleh manusia yang budinya tinggi
Ibarat awan berjalan tersesat
Masihku yakin ukirannya seni

Nikmat Tuhan aku dah sihat
Sayap tak ada tapi senang dihati
Kerana ini hari Jumaat
Esok esoklah aku bersedih

No comments: