BannerFans.com

Friday 3 August 2012

Mampukah kau

Kenapa harus menahan rasa kalau bahagia itu benar ada
Kenapa aku harus berahsia kalau teman yang ada kuanggapkan teman setia
Kenapa masih terpaksa menahan duka kalau aku sendiri tak mahu berusia dengannya
Kan lebih baik nafas tak selesa cukup setakat ini saja
Tak perlu aku membuang buang rasa
Kan aku yang selalu percaya bahawa harapan itu sentiasa ada

Kenapa masih menulis kalau dah tau orang ramai tak suka
Kenapa masih mahu berpuitis kalau yang sudi baca mungkin hanya cuma dia
Kenapa masih tetap yakin berbahasa kalau dah tahu aku tak bermasa depan dengannya
Kenapa aku masih setia dengan tulisan tulisan yang  semua orang  tak mampu faham erti bahasanya
Kenapa aku tak mampu bahagia tanpa menuliskan sesuatu keluar dari jiwa
Kenapa aku tak mampu seperti yang lainnya
Kenapa aku tak tahu kenapa aku terlahir sebegini rupa

Andai hakikatnya cuma puisi yang aku suka

Mampukah kau menggantinkannya
Dengan sesuatu yang semampu dia untuk membuatku bahagia
~~eat well, live well, & study well~~

No comments: