BannerFans.com

Friday 3 August 2012

Sempurna Berdua

Andai kau hutan akulah hujannya
Adanya aku kerana engkau telah tercipta
Ibarat cinta yang sedia terbelah dua
Ternyata bila bersama baru kita terasa sempurna
Kerana air mataku mencederai hakikat dunia
Kewujudanmulah yang mengubat duka para penghuninya

Kesaksian mata cinta mengakuinya
Dengan kamu hina diriku jadi terahsia
Jika hilang kelibatmu apalah nasib air mata cinta
Kerana tanpa hutan hujan kan sering terlihat hina
Begitu umpamanya cerita cinta kita
Semoga selamanya kita sedia ada untuk berdua
Bersama sama  melengkapi bait puisi cinta
Yang selama ini terpisah dua oleh Yang Maha Esa

~~eat well, live well, & study well~~

No comments: