BannerFans.com

Tuesday 2 October 2012

Seperti Itu Cinta

Cinta seperti ujian
Menghadapinya serumit menggubah perhiasan
Yang perlu kubelanja sepenuh perhatian
Agar nanti yang terhasil biar layak untuk dijualkan

Cinta seperti serpihan nyanyian
Yang perlu kuatur baitnya perlahan lahan
Agar nanti lagu yang terhasilkan
Tak tertinggal rangkapnya dipengakhiran
Aku cuma mahu mengerti apa yang cuba dia sampaikan

Dan cinta juga seperti udara
Yang tak habis dihirup manusia
Yang hidupnya bersahaja
Tak bergantung pada siapa siapa
Mekar subur di dalam jiwa
Sampai akhir luputnya nyawa
Mungkin di mahu kekal disana
Selamanya

No comments: