BannerFans.com

Wednesday 12 September 2012

Rentetan Penjajahan Malaysia


Sejarah lembaran penjajahan dikenang
1786 Francis Light mendarat di Pulau Pinang
Tanda Tanah Melayu dimasuki pendatang
British menjajah tersangatlah malang
Habis kekayaan Tanah Melayu dibawa pulang

Tanah Melayu dijajah seakan tidak bertuan lagaknya
1824 termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda
Melaka menjadi mangsa..Negeri Selat diberi nama
Bernaunglah dibawah jajahan mereka..bersama sama P.Pinang dan Singapura

1941 Jepun datang menjajah pula
Berbasikal meredah hutan belantara
British leka tidak menduga
Prince of Wales dan Repulse menjadi mangsa

Seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun akhirnya
Februari 1942 British mengundur dengan dukanya
Dipimpin Tsuji dan Yamashita
Jepun bermaharajalela di tanah kita
Slogan "Asia untuk orang Asia" menjadi propaganda

Rogol, pancung, seksa semacam perkara biasa
Mereka kejam tidak mengenal mangsa
Kebuluran dan wabak penyakit semakin berleluasa
Bahasa Nippon Go menjadikan rakyat terpinga-pinga

Kesedaran mula menghendak jiwa
Namun kemajuan masih ditakuk lama
Semangat nasionalisme mula membara
Parti politik ditubuh untuk bersama

Ekonomi Tanah Melayu lumpuh sepenuhnya
Wang daun pisang sudah tiada nilainya
Pentadbiran Jepun hampir ke penamatnya
Rakyat giat bekerjasama
Menghalau Jepun si durjana

15 Ogos 1945
Hari yang tidak dijangka-jangka
Amerika mengebom Nagasaki dan Hiroshima
Larilah Jepun ke negara asal mereka
Berakhirlah penjajahan Jepun  di negara kita

Sangkaku tenang bumi Melaya
Pabila Jepun mengangkat bendera
Namun 1945 British bertakhta
Rakyat terpukul lantas bersuara

1946 rencana pun bermula
Malayan Union, British mewarta
Rakyat membantah mula bersuara
Pejuangan UMNO pemula segala

Bangkit Dato’ Onn mengibar bendera
Tak rela Melaya dijajah semula
‘sapa hampa’ nak tunjuk ‘tera’
Kami bangsa mahu merdeka

Sangkakan tenang air di muara
Perjanjian Persekutuan lalu ditanda
1948 darurat menjelma
Rakyat tersiksa 12 tahun lamanya

"Hidup Melayu!" laungan bergema
Seorang anak bangun berbicara
Wahai ibu!, wahai bapa!
Bagaimana nasib kami semua, bila kalian sudah tiada?

Semangat Melayu berkobar gila
Akhirnya ‘merdeka’ dijulang bersama
1957, laungan Tunku bergema, Merdeka! Merdeka !
Disambut hadirin penuh makna, tanda kita sudah benar benar merdeka

p/s: delegated for special performance on AMU Merdeka Event^^

No comments: