BannerFans.com

Wednesday 13 February 2013

Biar lama lama


Bila ia ada
Ya Allah, biar lama lama
Biar sampai bila bila
Rasa cinta yang di dada
Aku..dan juga dia

Bagaimanapun mukadimahnya
Ini cerita kita
Yang dah lama bemula
Namun tak jemu seiring dewasa
Dan tak luak dikais usia
Meski kau bukan yang selalu di mata
Meski hanya sesekali kita bertatap muka
Rasa yang pernah mula menjelma
Hingga kini asmara itu masih kekal hangat membara
Melekap dalam amanah rasa
Bersemadi dalam impian cinta

Namun cinta ibarat menghirup lada
Meski maklum akan bahaya pedasnya
Masih aku memburu pohonnya
Mengulam ngulam juadah selera
Makaku menjamu dengan sepuas rasa
Meski berteman air mata
Meski berangin mencucuk dada
Tapi kerana dia yang menyedapkan rasa
Maka padanya aku lebih selera
Tanpanya aku memang tak apa apa
Cuma juadahku terasa bagai tak sempurna
Begitu juga rasa yang di dada
Begitu kisahnya cinta yang di jiwa
Aku..dan juga dia
Ya Allah, biar lama lama
Biar sampai bila bila
Biar sampai aku bekerjaya
Biar dia mampu sedia biaya
Kau mudahkanlah kami untuk bersama
Selamanya
Sampai hujung nyawa..dan hayat selepasnya
Kerana hati ini ingin setia
Dengan cinta yang Kau wujudkan untuknya
Biar aku isteri
Yang mampu pelihara diri
Disamping cinta, anugerahMu ini
Ya Allah, izinkan ia abadi
Biar selamanya
Biar sampai mati
Bukan..biar sampai syurga nanti

No comments: