BannerFans.com

Friday 15 February 2013

#

Dulu kau selalu berkata
Akulah insan yang tulus kaucinta
Dan telah kau tunai segalanya
Sejak rasa kita bersua

Dulu kita masih muda
Dan kita berdua belum berharta
Tapi kau membuat aku percaya
Bahawa jodoh kan menyebelahkan kita
Lalu kuterimamu apa yang terada
Walau tanpa harta
Walau tanpa kauminta
Dan akupun menyerahkanmu segala galanya
Seluruh cinta
Dan seluruh setia
Sejak kita bina keluarga
Di hari pertamanya

Tapi engkau tak setulus kusangka
Esoknya pula kau sudah berjaya
Ramai wanita menawarkan bahagia
Aku dimatamu bukan lagi sebuah cinta
Dan aku kelihatan sebagai beban
Yang tak mahu engkau buang dan teragak untuk kausimpan
Lalu aku kauacuhkan
Lalu cintaku kaukebumikan
Lantas kau menikah dengan isteri yg kedua
Mana nafkahku dah tak sudi aku tanya
Setelahnya pula aku perasan kau haloba
Dan menikah sekali lagi dengan isteri yg ketiga
Maka senasiblah aku dengan isterimu yg kedua
Setelah dia juga dipinggirkan sama
Dan anak anakku dah tak mahu sudi terima
Keinginanmu yang mengenepi perasaan yang lainnya
Dan mereka menganggapmu sudah tiada makna
Bila dirimu diburu sentiasa kerana harta
Nanti bila kau sudah kedana
Sudikah kau fahami corak hidup yang sebenarnya

No comments: