BannerFans.com

Monday 13 May 2013

Entah apa


Aku tak mungkin pandai memaksa
Maka rasa buatmu kupadam saja
Dan harapan darimu kubuang tak bersisa
Maaf segala kelanjuran bahasa
Engkau pun tahu kelemahanku puisi dan alunan bahasa
Semua mungkin khilaf penanda wacana
Mungkin sepatutnya ayatnya dibaca bersahaja
Tanpa memaut maut rasa bersamanya
Tanpa menganggap2 bait kata mewakili rasa
Ampuni rasa yang terlanjur berkata
Kini aku akur cinta bukan mampu dipaksa
Cinta itu rela
Rela pergi rela mencari
Rela diuji rela dilenjuni
Rela dimarahi rela salahkan diri sendiri
Kerana rela berserah diri pada takdir Ilahi

Dan cinta itu juga kelabu
Ingin bibir tersenyum selalu
Sanggup menunggu dan terus menunggu
Walau sendirian ditempat aku tak tahu
Walau diredah jalan yang mengeliru
Kerana hatiku sudah tertipu
Dengan puisi si cendera kalbu

Aku cuma wanita biasa
Mahuku hidup yang sederhana saja
Supaya aku berikhlas sentiasa
Tanpa mahu mengharap yang tiada
Satu doaku buat semua
Semoga kita lebih waspada
Dan bertanggungjawab untuk tiap patah kata
Mana yang tak tahu semoga tidak diberita
Bimbang nanti ada lagi yang mungkin terpedaya
Dengan rasa

No comments: