BannerFans.com

Monday 27 May 2013

Kehadapan hati

Malam ini terasa sepi
Sepi yang macam sepi sepi yang sepi sekali
Sesekali terasa macam nak menyanyi nyanyi
Sebab terasa macam tenaga ni banyak lagi
Taknak nanti lepas ni rasa macam rugi

Kehadapan hati yang di dalam hati,
Benih yang kau tanam ternyata makin berisi
Semakin dia berakar nampaknya lagi jauh arah yang dia pergi
Jauh menembusi alam satu lagi
Jauh membawakan hati yang satu lagi ni

Dan disebabkan arahnya sukar aku jejaki
Sudikah kau segera bantu aku di sini
Aku tak mahu dia sesat ke tempat yang takku kenali
Aku mahu dia selamat saja dekat dekat kawasan sini
Tapi disebabkan jurang yang masih membatasi
Mana mungkin aku dapat menyampaikan padamu perihal ini

Wahai hati yang lagi satu
Kalau sudi kau beritahu
Beritahulah aku
Dimana dirimu

No comments: