BannerFans.com

Tuesday 10 July 2012

Akar Cinta


Tumbuhnya..ibarat pohonan liar
Terus menjalar setelah berakar
Menjalar dan menjalar..tak hirau apa apa

Kerana akarnya kuat
Maka daunnya segar
Kerana akarnya sihat
Bunganya mekar tersenyum lebar

Soalnya akar, mengapa kuat untuk yang lain saja?
Akar di dalam berkerja kuat
Yang lain tak buat apa2 yang beroleh manfaatnya

Andai akar disuruh bertanya
Pasti yang ditanya, "Mengapa aku bukan Cinta?"
Segala rasa tertanam di dalam
Hanya cinta diagung semua
Segala seksa dirahsia dari alam
Tetap cinta diagung semua

Andai aku punya daya
Aku mahu jadi cinta
Sungguh ia juga tak nampak dimata
Tapi namanya agung dijulang setiap manusia


~~eat well, live well, & study well~~