BannerFans.com

Tuesday 3 July 2012

Bagaimana


Bagaimana..
Mencari kekuatan dalam kelaparan
Mencari ketabahan dalam kejatuhan
Mencari keyakinan dalam keraguan
Mencari kejayaan dalam kegagalan

Ibaratnya..
Aku mencari jiwa
Dalam jasad yang tak mengandung apa apa

Sungguh..
Aku tak mampu memberi bahagia
Seperti yang didamba mereka
Untuk menjadi kebanggaan keluarga
Tapi aku juga tak pernah mengukir cela
Pada nama baik keluarga kita
Benar kan..aku tak pernah menyusahkan sesiapa
Apalagi memalukan keluarga

Itu hanya kerana
Aku juga seorang anak yang biasa biasa saja
Jangan pernah mendamba aku menjadi istimewa
Kerana aku takkan pernah jadi istimewa
Kerana aku biasa biasa saja

Semoga mengerti.


~~eat well, live well, & study well~~

No comments: