BannerFans.com

Wednesday 11 July 2012

Sang Jodohku

Waktu remaja kian berlalu
Kau dan aku masih belum bertemu
mungkin aturan DIA memang begitu
Bersabarlah..akhirnya nanti kita pasti akan bersatu

Mungkin kau lelah merindui aku
Mungkin kau lemah mempertahankan cintamu
Tak ada dayaku menenangkan pencarianmu
Waktupun disuruh akur untuk terus berlalu
Mungkin saja rasamu dan rasaku masih belum bersetuju

Wahai sang jodoh yang selalu kurindu
Teruskanlah mencari kelibat aku
Kerana aku setiap saat menantikan bayanganmu
Semoga Allah mengirimkan kita restu
Harapku setelah itu
Kau dan akupun bertemu dan bersatu
Selamanya..hingga hujung waktu
Kerana tenanglah..aku memang jodoh kamu

~~eat well, live well, & study well~~

2 comments:

aidilmuslimin said...

siapakah orang yang bertuah 2???=)

chalin_drosera said...

ecececeh...rahsia =)