Kenapa matamu pejam
Sedang kelopaknya diam
Kenapa ketawamu riang
Sedang semalammu hilang
Kenapa kau tak lagi berdendam
Padahal hatimu masih geram
Kenapa bicaramu masih bergurau
Sedang suaramu sudah garau
Kenapa tiada yang mahu beritahu
Sedang segalanya tiada yang jelas bagi kamu
Jadilah seperti yang hatimu mahu
Bukan seperti yang hatiku rayu
~~eat well, live well, & study well~~
No comments:
Post a Comment