BannerFans.com

Monday 16 July 2012

Seutas hayat


Diseberang hakikat
Tersadai seutas hayat
Menyabung nyawanya di pengakhiran darjat
Merenangi kudratnya di pantai penuh keramat
Niat menyusuri hakikat
Meniduri segala nikmat
Bermodalkan seberangkat adat berkat
Sedang keyakinannya payah terlekat
Membantingi usianya tanpa seulas kudrat
..yang dibelanjakan buat mengenal sebenar hakikat
Siapa gerangan yang melimpahkan nikmat padanya tanpa had
Pada siapa harus dia mohon bekalan rahmat
Agar dia bisa selamanya selamat
Di dunia dan akhirat
Kerana jauh dari hatinya mahu tersesat
Yang jiwanya mahu cuma iman yang seberapa sihat
Cuma dia belum mengerti semua bahasa hakikat
Kerana dia masih belum mengenal ertinya kalimat syahadat


~~eat well, live well, & study well~~

No comments: